Pelihara Kesihatan Mata Anda dengan 10 Produk Vitamin untuk Mata Terbaik di Malaysia
Mata merupakan antara organ paling penting dalam tubuh manusia dan menjaga kesihatan mata itu amat perlu.
Pendedahan terhadap layar komputer, smartphone, televisyen dan cahaya biru boleh menjejaskan mata.
Oleh itu, adalah penting untuk memastikan anda mengambil vitamin dan nutrien yang mencukupi untuk menjaga kesihatan mata anda.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan 9 vitamin untuk mata terbaik di Malaysia pada tahun 2024.
9 Vitamin Paling Penting untuk Kesihatan Mata
Mata anda adalah organ kompleks yang memerlukan pelbagai vitamin dan nutrien untuk berfungsi dengan baik.
Masalah kesihatan diabetic retinopathy, macular degeneration yang berkaitan dengan usia, glaukoma dan katarak boleh mempengaruhi keadaan mata anda.
Selain itu, faktor kekurangan nutrien penting untuk mata juga menjadi salah satu penyebab kerosakan mata.
Berikut adalah 9 vitamin dan nutrien utama yang membantu menjaga kesihatan mata.
1. Vitamin A
Vitamin A membantu menjaga kesihatan retina dan memastikan penglihatan jelas.
Ia juga membantu mencegah masalah penglihatan seperti malam buta.
Terdapat dua jenis vitamin A iaitu retinol dan beta-karoten.
Retinol terdapat dalam makanan seperti hati, telur dan produk tenusu.
Beta-karoten terdapat dalam sayuran hijau seperti brokoli, lobak merah, dan bayam.
2. Vitamin E
Vitamin E juga merupakan antioksidan yang membantu mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula.
Ia juga membantu menjaga kesihatan retina dan mencegah kerosakan sel.
Vitamin E terdapat dalam kacang-kacangan seperti kacang almond, bijan dan kacang Brazil, serta minyak sayuran seperti minyak zaitun dan minyak bijan.
3. Vitamin C
Vitamin C adalah antioksidan yang kuat dan membantu mengurangkan risiko degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Ia juga membantu mengurangkan risiko katarak dan membantu penyerapan zat besi.
Sumber vitamin C yang baik adalah buah-buahan seperti limau, jeruk, dan kiwi serta sayur-sayuran seperti brokoli dan paprika.
Baca juga : 15 Jenama Vitamin C Terbaik di Malaysia 2023
4. Vitamin B6, B9 dan B12
Gabungan vitamin ini dapat menurunkan kadar homocysteine , protein dalam badan anda yang mungkin berkaitan dengan keradangan dan peningkatan risiko terkena AMD.
5. Riboflavin
Sebagai antioksidan, riboflavin dapat melindungi dari radikal bebas yang merosakkan di mata anda.
Diet tinggi riboflavin dikaitkan dengan penurunan risiko terkena katarak.
6. Niacin
Kajian menunjukkan bahawa niacin dapat mengelakkan glaukoma, namun kuantiti pengambilan yang diperlukan harus dipantau dengan berhati – hati.
7. Lutein dan Zeaxanthin
Lutein dan zeaxanthin adalah karotenoid yang membantu menjaga kesihatan retina dan mencegah makula dan katarak.
Kedua-duanya terdapat dalam sayuran hijau seperti bayam, kangkung, dan kubis.
8. Asid Lemak Omega-3
Asid lemak omega-3 membantu menjaga kesihatan retina dan mencegah degenerasi makula.
Omega-3 terdapat dalam ikan seperti salmon, sarden, dan tuna.
Baca juga: https: 7 Suplemen Minyak Ikan Terbaik Malaysia 2023
9. Thiamine
Salah satu jenis vitamin B iaitu vitamin B-1 yang berperanan dalam fungsi sel yang betul dan mengubah makanan menjadi tenaga.
Ia membantu untuk mengurangkan risiko katarak.
10 Senarai Vitamin Untuk Mata Terbaik Di Malaysia
Sekarang, jom kita lihat senarai vitamin terbaik untuk kesihatan mata yang telah kami sediakan!
1.Blackmores Macu Vision
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Blackmores Macu-Vision Plus adalah formula vitamin, mineral dan antioksidan mata.
Ia membantu mengekalkan fungsi mata dan menyokong penglihatan yang sihat.
Diperkaya dengan sumber antioksidan seperti Lutein dan zeaxanthin untuk menyokong kesihatan mata.
2.Brand’s Blackcurrent & Lutein
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Antara jenama vitamin yang menjadi pilihan ramai!
Ia direka khas dengan botol yang mengandungi Lutein 10mg dan Zeaxanthin 2mg.
Satu botol sehari dapat menambah nutrien harian yang diperlukan dan membantu menguatkan penjagaan mata anda!
3.Solgar-Dry Vitamin A
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kekurangan vitamin A akan mengalami mata kering yang teruk dan sukar melihat pada waktu malam.
Vitamin untuk mata dari Solgar ini sesuai untuk mereka yang mungkin mengalami kesukaran untuk mengambil makanan tambahan berasaskan minyak yang lain.
Formulasi Vitamin A ini ditawarkan dalam bentuk tablet kering dan mudah!
4.Now
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Formula unik Now Lutein & Zeaxanthin ini memelihara tisu-tisu yang melapisi permukaan dalaman dan luaran badan, termasuk mata, kulit, pernafasan, GI dan saluran kencing.
Bertindak sebagai penapis utama cahaya biru bertenaga tinggi. lutein dan zeaxanthin membantu menggalakkan kesihatan visual yang normal dengan meneutralkan radikal bebas yang terbentuk oleh pendedahan cahaya
Antara pilihan vitamin untuk mata terbaik dengan harga yang berpatutan!
5.Doctor’s Best
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Doctor’s Best Lutein with Lutemax® 2020 mengandungi nisbah lutein dan zeaxanthin yang optimum untuk membantu melindungi mata anda.
Ekstrak semulajadi daripada bunga Marigold ini membantu meneutralkan radikal bebas untuk menyokong fungsi visual, dan kesihatan mata daripada penggunaan peranti digital yang kerap.
- Membantu menyokong fungsi visual
- Membantu melindungi mata daripada cahaya biru tenaga tinggi yang berbahaya dalam persekitaran seharian
- Membantu menyokong kesihatan mata apabila menggunakan peranti digital
- Membantu meneutralkan radikal bebas
Ia menggabungkan semua nutrien penting untuk mata yang sihat menjadi satu formula yang sangat hebat dan mudah diambil!
6.21st Century
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Jenama 21st Century sememangnya tidak asing lagi di Malaysia!
Diformulasi dengan 4 kandungan utama yang baik untuk mata seperti Lutein, Bilberry, Eyebright dan Gingko Biloba.
Cubalah sekarang!
7.Ocuvite
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Inginkan vitamin untuk mata selain multivitamin?
Ocuvite Adult Eye Supplement adalah produk premium yang terkenal dengan kehebatannya dalam memelihara kesihatan mata.
Dengan gabungan nutrien seperti lutein, zeaxanthin dan vitamin C, produk ini membantu melindungi mata daripada radikal bebas dan sinar UV yang boleh menyebabkan kerosakan pada retina.
8.Healthy Care
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Gabungan Bilberry dan Lutein membantu menyokong kesihatan mata dan fungsi mata yang sihat!
Bilberry mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sel-sel tubuh dan Lutein untuk menjaga kesihatan makula mata dan retina.
Tambahan lagi, produk ini dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas dari bahan kimia berbahaya, menjadikannya pilihan yang selamat dan efektif untuk memelihara kesihatan mata anda!
9.VitaHealth
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Dapatkan perlindungan mata yang optimum dengan VitaHealth Eye-Pro!
Antara ciri – ciri istimewa:
• Ekstrak marigold XanMax® berkekuatan tinggi (200mg).
• Perlindungan spektrum penuh dengan 3 pigmen makula (lutein, zeaxanthin & meso-zeaxanthin)
• Nisbah 5:1 lutein & zeaxanthin
• Dos berkeupayaan tinggi sekali sehari
Bagaimana ia membantu?
• Menapis cahaya biru yang berbahaya
• Melindungi daripada tekanan oksidatif
• Meningkatkan prestasi visual
Hanya 1 biji sehari untuk perlindungan mata yang optimum!
10.Piping Rock
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Dengan gabungan unik Bilberry Blueberry dan tambahan Lutein serta Zeaxanthin daripada ekstrak kelopak Marigold, setiap softgel memberikan sokongan yang optimum dengan cara yang mudah.
Antara produk terbaik untuk mendapatkan sokongan penglihatan harian dari sumber yang boleh dipercayai!
Kesimpulan
Kajian menunjukkan bahawa vitamin dan nutrien tertentu dapat membantu mencegah kerosakan mata.
Makanan tambahan atau pengambilan suplimen mungkin membantu sekiranya diperlukan.
Walau bagaimanapun, pemakanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, protein dan lemak sihat akan memberi kesemua nutrien yang diperlukan oleh mata anda dan seluruh badan anda untuk kesihatan yang optimum.
Sekiranya anda mengalami simptom mata atau penglihatan, sila berjumpa dengan doktor mata sebelum memulakan apa-apa jenis vitamin atau membuat perubahan diet.
Semoga membantu ya!
Pingback: 11 Produk Eye Cream Terbaik di Malaysia 2020 - Sricantik