Ikuti tips penjagaan muka berjerawat untuk mendapatkan kulit muka yang bersih dan cantik!
Masalah jerawat boleh mempengaruhi sesiapa sahaja pada tahap apa pun dalam hidup mereka.
Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa sebenarnya yang diperlukan untuk menjaga kulit muka berjerawat dengan baik.
Terdapat pelbagai produk penjagaan kulit dan kosmetik, nasihat serta tips dari sosial media mahupun dari pakar kecantikan kulit.
Namun, apa sebenarnya langkah langkah penjagaan yang perlu untuk muka berjerawat?
Artikel ini akan membantu anda dengan senarai 10 tips penjagaan muka berjerawat!
1.Basuh muka dua kali sehari
Wajib membersihkan muka dua kali sehari, setiap pagi dan malam agar liang pori tidak tersumbat.
Rasionalnya, bakteria berkumpul pada kulit anda ketika anda tidur pada waktu malam, jadi anda perlu mencucinya pada waktu pagi.
Manakala, di malam hari kita harus membersihkan semua kesan solek, minyak, kotoran, dan apa sahaja pencemaran alam sekitar yang mungkin melekat di wajah anda semasa perjalanan harian anda.
2.Gunakan pembersih muka ringan
Pilihlah pembersih muka ringan tanpa banyak bahan dan pewangi.
Ketika memilih pembersih muka yang sesuai untuk kulit berjerawat, pastikan kandungannya ringan dan sekurang kurangya mengandungi alpha dan beta hydroxy acids.
Pastikan juga ia mengandungi bahan aktif penghalang jerawat seperti benzoil peroxide yang akan membantu kita menghalang dan menghentikan jerawat sebelum ia berlaku.
3.Sapukan krim anti jerawat
Pemilihan krim anti-jerawat bergantung kepada jenis jerawat yang yang timbul.
- Comedonal Acne (blackheads dan whiteheads) : Cari produk yang mengandungi retinoid seperti gel adapalene (Differin).
- Mild acne (Jerawat ringan) : Gunakan krim benzoil peroksida atau campuran benzoil peroksida dan retinoid.
- Inflammatory acne (Radang jerawat) : Penggunaan krim Dapsone topikal 5 peratus gel disyorkan, terutama pada wanita dewasa.
- Acne with scarring ( Jerawat dengan parut) : Krim asid Azelaic dapat membantu mengurangkan jerawat dan risiko parut jerawat.
4.Sapukan pelembap
Seperti pembersih, pelembap tidak semestinya mahal atau dipenuhi dengan bahan-bahan mewah.
Lebih penting lagi, cari pelembap yang bukan komedogenik.
Ini bermakna ia tidak akan menyumbat liang pori anda yang menyebabkan timbulnya jerawat.
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, pelembap berlabel “ringan” mungkin yang terbaik untuk mengelakkan rasa berminyak.
5.Pengelupasan
Pengelupasan dapat membantu membuang sel kulit mati yang berlebihan.
Sekiranya sel-sel ini tinggal di kulit anda terlalu lama, sel-sel ini dapat menyumbat liang-liang anda dan menyebabkan jerawat.
Bukan itu sahaja, ia akan menyebabkan kulit anda kelihatan kusam, bersisik dan tua sebelum waktunya.
Berapa kerapkah anda perlu melakukan proses pengelupasan?
Itu sebenarnya bergantung pada jenis pengelupasan yang anda gunakan.
Jika anda menggunakan pengelupasan kimia, seperti topeng atau scrub, gunakan sekali atau dua kali seminggu.
Jika anda menggunakan pengelupasan fizikal, seperti lulur, gunakan tiga atau empat kali seminggu.
Namun, ada disarankan untuk berjumpa dengan pakar kulit bertauliah jika anda sedang mengalami radang jerawat.
Ini adalah kerana sesetengah produk pengelupasan boleh menyebabkan radang jerawat semakin teruk.
6.Tidur yang cukup
Tidak cukup tidur juga boleh menyebabkan kulit anda lebih mudah dijangkiti jerawat.
Ini adalah keran jika tubuh dalam keadaan yang penat ia mudah melepaskan sebatian keradangan.
Sebatian ini boleh menyebabkan ‘breakout‘ atau memburukkan lagi jerawat.
7.Pemilihan mekap yang sesuai
Solekan boleh menyebabkan membentuk jerawatnya sendiri yang disebut oleh doktor sebagai acne cosmetica.
Keadaan ini menyebabkan lebam kecil dan tinggi yang biasanya muncul di dagu, pipi, atau dahi.
Bagi memastikan rutin solek anda mesra kulit, pastikan untuk:
- Memilih produk berlabel “noncomedogenic” atau “bebas minyak.”
- Sentiasa basuh tangan anda sebelum menggunakan produk solek atau penjagaan kulit.
- Sentiasa tanggalkan solek anda sebelum tidur atau bersenam.
- Basuh berus solek dan span setiap minggu.
8.Elakkan memicit jerawat
Suka picit jerawat?
Perbuatan memicit jerawat akan menyebabkan liang menjadi lebih banyak bakteria, termasuk dari tangan anda.
Ia juga meningkatkan risiko jangkitan atau parut.
Sekiranya anda mempunyai jerawat yang betul-betul sakit, berjumpa lah dengan pakar dermatologi.
Mereka boleh melakukan rawatan khusus untuk menghilangkan jerawat dengan selamat sekaligus mengurangkan risiko jangkitan.
9.Relaks
Terdapat kajian menunjukkan kemunculan jerawat berkait rapat dengan stress.
Sekiranya anda stress atau menghadapi situasi yang tertekan, cari cara yang sihat untuk menghilangkan stress.
Antaranya seperti :
- bersenam pada intensiti tinggi hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit.
- melakukan senaman pernafasan
- melakukan senaman yoga
- bertafakur selama beberapa minit
- cuba menulis di atas kertas
- mempraktikkan terapi suara, seperti memainkan alat muzik atau mendengar muzik kegemaran anda
10.Kurangkan gula
Kandungan makanan yang tinggi gula atau indeks glisemiknya tinggi juga boleh mempengaruhi hormon badan kita dan menyebabkan jerawat.
Untuk mengurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi, cuba:
- Hadkan pengambilan karbohidrat yang diproses, seperti roti putih dan makanan bakar
- Elakkan minuman berkarbonat dan manisan seperti kek, puding dan jem
- Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan sumber protein yang sihat.
- Hadkan pengambilan alkohol
Kesimpulan
Semasa membersihkan muka, perhatikan apa yang anda pakai di wajah anda seperti pembersih, pelembap, dan jenis mekap.
Ambil kira kebersihan tangan atau berus dan span bedak.
Fokus pada faktor gaya hidup tertentu, seperti tidur yang berkualiti, diet yang sihat dan pengurusan tekanan juga boleh membuat perubahan pada kulit anda.
Sekiranya anda telah mencuba beberapa jenis rawatan untuk jerawat anda dan tidak ada yang berkesan, buat janji temu dengan pakar dermatologi.
Mereka mungkin memberi rawatan seperti antibiotik atau ubat preskripsi untuk merawat dan membersihkan kulit anda.
Semoga tips penjagaan muka berjerawat yang telah dikongsikan di atas dapat membantu anda!