Wajah sihat, cantik dan “flawless” dengan senarai 13 serum vitamin C terbaik ini!
Vitamin C mempunyai kebaikan yang tidak terhingga bukan sahaja kepada kulit, malah..sangat diperlukan oleh badan kita juga.
Oleh sebab itulah terhasilnya tablet dan juga serum vitamin C.
Kebaikan Serum Vitamin C
- Disebabkan vitamin c merupakan antioksida yang terbaik, maka ianya akan memperbaiki serta memperbaharui sel kulit kita.
- Vitamin c yang meresap ke kulit akan merangsang penghasilan kolagen dan menjadikan kulit muka sentiasa tegang dan kelihatan lebih remaja!
- Vitamin C merupakan peluntur semulajadi, penggunaan serum dapat mengatasi masalah pigmentasi kullit, masalah hitam bawah mata, jeragat dan tona kulit tidak sekata. Hasilnya? kulit anda lebih berseri-seri!
Kesan Kekurangan Vitamin C
- Kekurangan Vitamin C dalam badan akan menyebabkan tona kulit menjadi kusam
- Luka lambat sembuh
- Kulit semakin sensitif dengan sinar UV K
- Kulit menjadi kemerahan, kasar dan kering..
Atas sebab-sebab itulah vitamin C merupakan bahan yang sangat penting dalam penjagaan kulit.
Antioksidan dalam serum vitamin c ini mampu melindungi kulit daripada:
- Sinar UV berbahaya
- Merangsang penghasilan kolagen
- Menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka untuk menjadikan kulit muka anda kekal cantik dan sempurna.
Cara yang paling mudah untuk mengekalkan kecantikan dan kesempurnaan wajah anda adalah melalui penggunaan serum muka vitamin C dalam penjagaan harian anda.
Tips Memilih Serum
1. Mengandungi L-ascorbic acid dengan kepekatan sekurang – kurangnya 10 -20%.
2. Pilih serum dengan dos vitamin C yang rendah jika anda belum pernah menggunakan sebarang serum vitamin C.
3. Jika ingin menggunakan serum dengan kandungan vitamin C yang tinggi, pilih botol yang gelap untuk mengelakkan proses pengoksidaan dari berlaku.
4. Selain kualiti, pilihlah jenama yang sesuai dengan bajet anda.
Pilihan Serum VItamin C Terbaik
Jom, lihat senarai serum vitamin c terpilih dan terbaik dari kami!
Serum yang menjadi pilihan dan kegemaran netizen di Malaysia!
1.Tiam My Signature C
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Gabungan 20% asid L-askorbik (vitamin C) dengan antioksidan semula jadi untuk membantu mencegah tanda-tanda penuaan pramatang.
Serum ini membantu memudarkan parut jerawat, menghilangkan sel kulit mati dan bintik hitam, mencerahkan kulit kusam, dan meningkatkan keanjalan kulit dalam sekelip mata!
Diperkaya dengan Zinc PCA untuk membantu mengurangkan pengeluaran sebum dan mengurangkan jangkitan jerawat.
Elakkan menggunakan produk lain dengan kadar AHA, BHA, retinol atau asid askorbik yang tinggi semasa menggunakan serum ini.
Sesuai untuk kulit sensitif, eczema dan rosacea.
2.Jumiso
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Serum vitamin C JUMISO adalah serum yang tidak berasaskan air dan berkepekatan tinggi untuk mencerahkan kulit.
Ia membantu anda mengekalkan warna kulit yang cerah, sihat dan seimbang.
Diperkaya dengan vitamin lain seperti vitamin A, B, D, E K, glycerin dan niacinamide untuk melembapkan dan memelihara kulit dari jangkitan jerawat.
Vegan, bebas alkohol dan tidak meninggalkan kesan pedih pada muka.
Sesuai untuk kulit sensitif.
3.The Ordinary
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Produk The Ordinary adalah krim serum tanpa air yang mengandungi 23% Vitamin C dan Asid Hyaluronic.
Formula ini berfungsi untuk melembap dan mencerahkan kulit tanpa menjejaskan keadaan kulit asal.
Ia mampu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus serta pigmentasi dan sekaligus mengembalikan kesempurnaan kulit muka anda.
Tidak sesuai untuk kulit yang kering dan sensitif.
4.Annona
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Anda inginkan serum yang tiada pewarna tiruan dan pewangi tambahan?
Serum Annona bersifat colourless, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak.
Ia mempunyai kekuatan 10x Vitamin C yang pertama di pasaran.
Antara kelebihan Annona ini adalah:
- Memudarkan parut dan jeragat
- Mengecilkan liang pori terbuka.
- Melembapkan dan menganjalkan kulit.
- Mencerahkan kulit kusam dan sekatakan tona kulit.
- Memperbaiki sel kulit yang rosak.
Ia sangat mudah digunakan dan sesuai digunakan untuk kulit sensitif.
5.Galactomyces Pure
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Anda inginkan kulit muka yang sihat dan sempurna secara semulajadi?
Cubalah produk dari Some By Mi ini.
Ia mengandungi Galactomyces yang membantu meningkatkan ketahanan dan daya hidup kulit.
Secara tidak langsung ia juga mencerahkan, melembapkan dan menganjalkan kulit muka.
Selain itu, ia membantu melegakan kulit dari sinar UV dan mengekalkan kulit yang sihat dan cantik.
6.Garnier Light Complete
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Anda pengguna Garnier?
Cubalah serum vitamin C Garnier Light Complete ini.
Formula pencerah vitamin C dan lemon Yuzu Jepun 30x lebih tinggi.
Serum cepat menyerap ini berfungsi untuk meringankan bintik-bintik gelap dan tanda jerawat.
7.Wardah
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Serum Wardah ini mengandungi Hi Grade Vitamin C 10% serta ekstrak Aloe Vera dan Biosakarida.
Antioksidan- antioksidan ini membantu mencerahkan kulit, menjaga keelastikan kulit dan memperbaiki struktur kulit muka yang rosak.
Di samping itu, ia melembapkan dan dan melindungi kulit dari radikal bebas.
Ia sangat mudah meresap ke dalam kulit dan menghasilkan kulit yang lebih sihat dan cerah.
8.KLAIRS Freshly Juice
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Anda mempunyai kulit muka yang sensitif?
Klairs Vitamin C Drop adalah serum harian yang mengandungi 5% Vitamin C dan sangat lembut pada kulit serta tidak merengsakan kulit muka.
Ia memberikan kelembapan tambahan secara semulajadi dan nutrisi kepada kulit.
Serum ini mampu menghapuskan jerawat, parut jerawat, mencegah jerawat dan meminimumkan liang pori pada muka.
9.By Wishtrend
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Merupakan antara produk serum terbaik masa kini.
Serum ini membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di samping memperbaharui dan menyuburkan kulit untuk mengembalikan keseimbangan dan kelembapan pada kulit anda.
Ia menggabungkan 10 bahan utama yang akan memberikan kesan Vitamin C optimum untuk hasil terbaik.
10.Timeless
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Terdiri daripada gabungan 20% Vitamin C, Vitamin E dan Ferulic Acid yang bertindak mencerahkan kulit dan membetulkan tona kulit yang tidak sekata.
Dos tambahan asid hyaluronik dan panthenol (vitamin B5) mengoptimumkan penghidratan dan menguatkan pertahanan kulit agar kulit kelihatan lebih cantik dan sempurna.
Ia tidak mengandungi pewangi tiruan dan telah diuji secara klinikal serta tidak diuji ke atas haiwan.
Sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
11.Cosmoderm
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Cosmoderm Glow-C (Vitamin C) ialah rangkaian penjagaan kulit baharu yang kaya dengan antioksidan di mana ia membantu melindungi sel kulit daripada merosakkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV.
Ia mengandungi 5000mg dos vitamin C yang membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dengan berkesan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang pengeluaran kolagen.
Ia mencerahkan pigmentasi dan bintik gelap dengan berkesan.
Sesuai untuk kulit yang stress, kusam dan tidak bermaya.
Cubalah sekarang!
12.Purito Pure
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kandungan utamanya ialah Vitamin C 10% dan asid hyaluronik 84% bersama dengan Niacinamide semula jadi dan ekstrak ginseng merah untuk meremajakan kulit.
Serum vitamin c ini membantu melegakan parut jerawat, lingkaran hitam, dan bintik-bintik.
Ia juga berfungsi untuk memutihkan kulit dan menghalang penuaan kulit muka.
Tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya dan sangat selamat digunakan.
13.Dr. Rashel
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Serum wajah Dr. Rashel vitamin C ini sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit.
Ia membantu memudarkan bintik-bintik matahari dan perubahan warna, menghaluskan tekstur kulit dan mengurangkan pembentukan kedutan.
Ia juga sangat sesuai untuk memudarkan parut jerawat.
Sesuai untuk kulit kering.
Kesimpulan
Dengan 13 pilihan serum vitamin C terbaik ini, rahsia kulit cantik dan berseri kini bukan rahsia lagi.
Pilihlah serum yang tepat dan saksikan transformasi kulit anda kepada kecantikan sejati.
Jom berikan kulit wajah anda sentuhan kelembutan dan kecerahan yang flawless – pilihan kecantikan anda bermula di sini!
Pingback: 12 Essence Muka Terbaik Di Malaysia 2021 - Sricantik
Pingback: 12 Jenama Vitamin C Terbaik di Malaysia 2021 - Sricantik
Pingback: 10 Serum Untuk Kulit Berminyak Terbaik di Malaysia 2021 - Sricantik