8 Probiotik Untuk Anak Terbaik di Malaysia 2024

0Shares

Tingkatkan kesihatan anak- anak anda dengan pilihan probiotik untuk anak ini!

Dalam arena produk tambahan makanan, probiotik dilihat sebagai keperluan asas yang tidak boleh diabaikan.

Peranan probiotik bukan sekadar menggantikan semula bakteria baik yang terjejas dalam badan akibat pengambilan antibiotik, amalan pemakanan yang tidak sihat, dan persekitaran yang kotor, tetapi ia membawa keunikan tersendiri dalam dunia kecergasan dan kebaikan kesihatan.

Sebilangan besar orang dewasa mengambil probiotik namun adakah kanak – kanak juga memerlukannya?

Mengikut tinjauan yang telah dibuat oleh para doktor keluarga di Amerika, mereka mendapati probiotik dapat membantu merawat penyakit radang usus.

Ia juga dapat mengurangkan tempoh cirit-birit yang disebabkan oleh gastroenteritis.

Apabila diberikan kepada ibu hamil dan menyusui, probiotik dapat mengurangkan perkembangan eksim dan alahan pada bayi mereka.

Selain itu, satu kajian yang diterbitkan dalam JAMA PediatricsTrusted Source mendapati bahawa memberi probiotik pada bayi dalam tiga bulan pertama kehidupan dapat membantu mencegah kolik, sembelit, dan refluks asid.

Manakala, maklumbalas kajian tahun 2015 menyimpulkan bahawa probiotik dapat mengurangkan simptom dan jangka masa jangkitan saluran pernafasan.

Menariknya, penggunaan antibiotik dan sakit selesma juga semakin berkurangan.

Senarai 8 Probiotik Untuk Anak Terbaik di Malaysia 2024

Ingin tahu senarai probiotik yang dipercayai dan selamat untuk anak anda?

Kami ada senarainya!

1.Life Space

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Formula serbuk probiotik ini yang mengandungi 15 jenis bakteria bermanfaat, diformulasikan untuk menyokong mikrobioma yang sihat dan kesihatan menyeluruh.

Probiotik untuk anak ini sesuai bagi kanak- kanak yang berumur 3 – 12 tahun.

Tiada tambahan tenusu dan gluten.

2.BioGrow

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Biogrow Probiotics Kids Powder adalah suplemen probiotik dirumus khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Ia sangat sesuai diambil oleh kanak – kanak yang mengalami kesihatan usus yang lemah, sembelit, kurang selera makan dan mudah jatuh sakit.

Hanya satu sachet setiap hari untuk mengembalikan keseimbangan mikrobiota usus anak.

3.Garden Of Life

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Probiotik boleh dikunyah untuk kanak-kanak ini mengandungi 14 jenis bakteria yang berbeza  dan lima bilion kultur bakteria.

Ia juga mempunyai tambahan vitamin C, vitamin D dan serat prebiotik yang baik untuk menyokong tumbesaran anak.

Sesuai untuk kanak – kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas.

4.Swisse

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Formula berkualiti premium yang mengandungi 2 Billion CFU probiotik dan Inulin untuk perkembangan bakteria baik dalam usus.

Warna dan perisa semula jadi serta tiada gula tambahan.

Sesuai untuk mereka yang ‘picky eater’ dan kanak-kanak yang sedang membesar.

5.GKB Kids Probiotic

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara kebaikan probiotik untuk anak ini adalah:

  • Baik untuk Rhinitis Alergi
  • Mengurangkan simptom alahan
  • Meningkatkan imuniti keseluruhan

Cubalah sekarang!

6.Nature’s Way

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Multivitamin harian ini digabungkan dengan kelebihan probiotik untuk kesihatan sistem pencernaan  dan sistem imun.

Semuanya dalam satu tablet kunyah yang lazat!.

7.Bio-life Ab Junior

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

A.B. Junior Pre & Pro adalah formulasi synbiotik yang menggabungkan prebiotik & probiotik untuk kanak-kanak.

Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu:

  • Lactobacillus acidophilus LA5 (probiotik)
  • Bifidobacterium lactis BB12 (probiotik), dan
  • inulin chicory (prebiotik).

Hanya 1 sachet sehari untuk penyerapan,pertumbuhan dan perlindungan kesihatan yang lebih baik untuk anak – anak anda.

8.Vitasen Pro-Bios Bifido

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara produk makanan tambahan dari Jepun yang mendapat tempat di hati para pengguna di Malaysia!

  • 30 tablet kunyah berperisa oren
  • Mengandungi 3 strains bakteria hidup, jumlah kiraan 4 billion CFU setiap tablet.
  • Sesuai untuk kanak-kanak 2 hingga 12 tahun.
  • Kunyah atau hisap 1 tablet sekali sehari sebelum makan.

Dapatkannya sekarang!

Penting!

  • Pengambilan probiotik memberikan kesan yang berbeza pada setiap kanak – kanak seperti perut kembung dan bergas
  • Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius pada bayi yang sangat sakit.
  • Periksa dengan pakar pediatrik anda sebelum memberi suplemen probiotik kepada anak anda.

Semoga membantu!

0Shares

Leave a Reply