Ekspresikan diri anda dengan pilihan pewarna rambut terbaik di Malaysia hari ini!
Pewarna rambut adalah bahan kimia yang digunakan untuk menukar warna rambut.
Ia boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu ‘temporary’ dan ‘permanent’.
Kategori Pewarna Rambut
1. Temporary Hair Dyes
Ia biasanya didatangkan dalam bentuk gel, mousses dan semburan.
Prosesnya mudah dan cepat.
Dan, ia hanya bertahan di permukaan rambut dan akan hilang apabila dicuci dengan syampu.
2. Permanent Hair Dyes
Proses ini memerlukan lebih banyak kerja untuk dilakukan namun warna rambut akan bertahan sehingga akar rambut baru tumbuh.
Oleh kerana pewarna kekal mengandungi hidrogen peroksida, ia menutupi uban dan warna rambut asal dengan lebih berkesan.
Pewarna rambut kekal akan meresap jauh ke dalam batang rambut dan tindak balas kimia berlaku semasa pewarna digunakan.
Oleh itu, pewarna kekal umumnya tidak dapat dicuci dengan syampu.
Walau bagaimanapun, pencucian berulang kali akan mengurangkan kualiti warna dari masa ke masa.
7 Sebab Anda Perlu Warnakan Rambut!
Inginkan kelainan pada warna rambut anda namun anda tiada sebab yang kuat untuk melakukannya?
Berikut antara sebab mengapa anda harus mewarnakan rambut anda sekurang – kurangnya sekali dalam seumur hidup anda!
-
Pujian
Salah satu sebab terbaik untuk mewarnakan rambut anda adalah untuk pujian.
Apabila orang melihat apabila anda melakukan sesuatu yang luar biasa pastinya mereka akan menyukai dan menghargainya.
-
Ia Menyeronokkan
Memilih untuk mewarnakan rambut dengan warna yang gila adalah sesuatu yang menyeronokkan!
Pastinya ada yang berubah apabila anda mewarnakan rambut anda dengan warna merah jambu, kuning, ungu, dan lain-lain.
Oleh itu, cubalah pertimbangkan untuk mewarnakan rambut anda dengan warna kesukaan anda!
-
Melengkapi
Salah satu cara mudah untuk memberikan penampilan yang lengkap pada diri anda adalah dengan mewarnakan rambut anda.
Sekiranya anda bosan dengan gaya biasa rambut anda, apakata anda cuba warnakannya pula?
-
Ekspresi Diri
Selain pakaian, mewarnakan rambut juga adalah cara yang baik untuk mengekspresikan diri.
Biarkan dunia tahu tentang diri anda hanya dengan cara anda mewarnai dan menggayakan rambut anda.
-
Bergaya
Anda pasti melihat ramai selebriti gemar untuk mewarnakan rambut mereka bukan?
Kini, anda juga mampu bergaya seperti mereka dengan cara mewarnakan rambut sama seperti warna rambut selebriti yang anda suka!
Warna yang sesuai dan menarik pasti menjadikan anda kelihatan bergaya dan menawan!
-
Sementara
Tidak ada salahnya mewarnai rambut anda dengan warna terang kerana hasilnya tidak kekal.
Sebilangan besar warna akan pudar dalam masa 6 -7 minggu.
-
Anda Pasti Suka
Besar kemungkinan anda akan lebih menyukai penampilan anda berbanding sebelumnya.
Sekiranya mewarnai rambut anda berwarna oren atau nila adalah sesuatu yang selalu anda impikan – cubalah sekarang!
Anda pasti suka!
Tips Memilih Pewarna Rambut
Secara umumnya, pilihan warna rambut anda tidak boleh lebih dari dua tona dari warna rambut asal anda.
Anda sudah bersedia untuk mewarnakan rambut anda namun anda tidak tahu memilih yang mana satu?
Anda boleh gunakan senarai di bawah sebagai panduan untuk memilih pewarna rambut berdasarkan warna kulit dan usia anda:
-
Menutup Rambut Beruban
Seiring bertambahnya usia, rambut anda berubah menjadi kelabu dan teksturnya lebih kasar.
Itulah sebabnya mengapa perlu memilih warna rambut yang pigmennya disesuaikan dan untuk mengatasi warna abu – abu.
Pilih formula yang menawarkan kepekatan pewarna yang lebih tinggi agar lebih mudah menembusi helaian rambut.
Formula ini bukan sahaja mengandungi lebih banyak pigmen tetapi juga memberi khasiat pada rambut untuk melawan tanda-tanda penuaan seperti kekeringan dan uban yang degil.
-
Inginkan Warna Rambut Semulajadi Atau Penampilan Baru?
Masa kini, kemajuan teknologi dalam pewarnaan rambut semakin berkembang sehingga hampir semua dapat dilakukan.
Jadi semuanya bergantung pada citarasa anda, keinginan anda untuk berubah dan masa yang anda ada.
Sekiranya anda mencari warna rambut yang lebih semula jadi, pilihlah warna yang tidak lebih dari dua tona dari warna rambut asal anda. Pilihan warna sebegini lebih mudah dijaga.
Sekiranya and mencari warna rambut yang lebih ‘berani’, pilihlah warna warna yang terang.
-
Warna hangat atau sejuk?
Rahsia warna rambut yang sesuai adalah ia mesti menonjolkan dan menyerlahkan warna kulit anda.
Sekiranya kulit anda cerah dan agak kemerahan, ia ciri kulit yang sejuk. Pilih warna kuning air, abu atau neutral.
Sekiranya kulit anda berwarna sawo matang, anda akan mempunyai kulit yang hangat. Pilih warna emas, karamel atau mahoni.
-
Rambut Lebih Cantik
Kini, terdapat pelbagai hair coloring yang mengandungi ramuan dengan minyak berkhasiat yang menjadikan rambut kelihatan lebih sihat dan memberikan kilauan semula jadi.
Pilihlah pewarna rambut berkualiti, berkhasiat dan mempunyai pigmen tahan lama.
Tips Untuk Do-It-Yourself
-
Periksa label
Pilih jenama yang mempunyai kandungan peroksida kurang dari 20%, dan elakkan ‘bleaching’ pada rambut yang nipis.
-
Cara Guna
Apabila anda menggunakan pewarna, mulailah dari hujung ke akar rambut. Elakkan menyikat, menyikat atau mengeringkan rambut dalam tempoh masa tersebut.
-
Perhatikan Masa
Jangan biarkan pewarna lebih daripada jangka masa yang disyorkan untuk mengurangkan risiko kerosakan pada rambut anda.
-
Guna Perapi Rambut
Sapukan perapi rambut atau hair mask sebelum mewarnakan rambut anda untuk memelihara kelembapannya dan agar rambut tidak mudah putus .
Senarai Pewarna Rambut Terbaik Di Malaysia!
Berikut merupakan antara pilihan hair color yang kami rasakan selamat dan sesuai digunakan untuk semua golongan berdasarkan jenama, kualliti, harga dan kandungannya.
Anda sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam penampilan rambut anda?
Jom, lihat senarai hair color terbaik yang telah kami sediakan di bawah!
1.Garnier
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Angka jualannya yang mencecah hampir 20K menjadikannya antara jenama hair color yang terbaik dan popular di Malaysia!
Diperkaya dengan tiga minyak semula jadi iaitu zaitun, badam dan avokado.
Garnier Color Naturals menjadikan rambut anda kelihatan berkilat, halus dan berkhasiat.
Formula tanpa Ammonia dilengkapi dengan teknologi kunci warna yang unggul memberikan liputan sehinga 100% dan warna yang mampu bertahan sehingga 8 minggu.
2.L’Oreal Paris
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Pewarna rambut terbaik jenis Dark Brown dari L’Oreal Paris ini antara pilihan warna yang sesuai untuk wanita Asian!
Dengan wangian segar yang baru, teknologi Triple Care Colornya memelihara kulit kepala dan rambut anda untuk memberikan warna dan kelembapan yang tahan lama.
Cubalah sekarang!
3.Revlon Colorsilk
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Inginkan hair color tanpa ammonia?
Cubalah Revlon Colorsilk ini!
Formula warna rambut kekal yang menawarkan warna dimensi yang unik dan kelihatan semula jadi serta tahan lama.
4.Liese Creamy Bubble
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Liese Creamy Bubble Color menjadikan pewarnaan rambut menjadi sangat mudah dan menyeronokkan!
Buih tebal dan berkrim melekat pada helai rambut 4X lebih baik untuk penembusan pewarnaan yang lebih baik.
Ia menghasilkan warna rambut yang cantik, kemas dan tahan lama.
Bau yang lembut dan mempesonakan.
5.Bigen
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Bigen Speedy Hair Color Conditioner mampu menutupi uban anda hanya dalam masa 5 minit!
Ia mengandungi 6 ekstrak herba semula jadi (balm mint, fennel, hop, chamomile, mistletoe dan yarrow), yang dapat mengurangkan kerosakan pada rambut anda.
Hanya terus sapukan krim dengan menggunakan sikat yang telah disediakan.
Sangat mudah dan menjimatkan masa!
6.Mise En Scene
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Serlahkan penampilan baru anda dengan warna rambut yang bersemangat dan berani dari Mise En Scene Hello Bubble Hair Dye Permanent!
Ia didatangkan dalam pelbagai warna buih cerah yang tidak merosakkan rambut
Bebas ammonia dengan wangian bunga manis.
7.Pyeonan
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Antara hair color dari Korea yang mendapat respon terbaik di Malaysia!
Mengandungi 13 jenis ekstrak semula jadi yang merawat dan melindungi rambut dan kulit kepala anda sambil mewarnai rambut.
Didatangkan dalam 2 pilihan warna yang sesuai untuk menutup warna uban rambut anda.
Dapatkannya sekarang di sini!
8.BSY Noni
Semak harga dalam pilihan dibawah:
BSY Noni Black Hair Magic 2 in 1 berfungsi sebagai pewarna dan syampu.
Diperbuat daripada herba tradisional Cina seperti he shou wu untuk menyuburkan kulit kepala dan memberikan rambut nada semula jadi yang lebih dalam.
Bebas ammonia dan berfungsi sebagai rawatan anti keguguran rambut yang berkesan.
Dapatkannya sekarang!
9.Naturtint
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Pewarna rambut terbaik dari Naturtint ini mempunyai semua yang anda inginkan dalam pewarna rambut organik!
Ia mengandungi campuran berkhasiat minyak tumbuhan dan biji benih untuk melembutkan rambut anda dari akar hingga ke hujung.
Selain itu, ia juga menawarkan liputan sehingga 100% pada rambut uban dan memberikan hasil warna yang sengit sambil mengekalkan rambut anda lembut dan sihat.
Bebas ammonia, paraben dan sulfat.
10.Schwarzkopf
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Schwarzkopf Igora Royal adalah salah satu produk warna rambut kekal professional yang paling dipercayai di Malaysia!
Ini adalah pewarna oksidatif yang menjadikan pewarnaan rambut kekal dan tahan lama.
Rumusannya mempunyai keserasian kulit yang terbukti dan oleh itu disarankan oleh pakar dermatologi.
Cubalah sekarang!
11.Etude House
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Inginkan hair color yang bersifat sementara?
Pewarna rambut terbaik dari Etude House ini mampu bertahan selama 1 minggu dalam sekali penggunaan.
Pelbagai pilihan warna yang cerah dan terang untuk rambut dua nada hanya dalam 10 minit.
Ia tidak mempunyai bau yang kuat dan sesuai untuk rambut yang rosak menjadikan rambut anda berkilau dan halus dengan memberi khasiat dan perlindungan tambahan.
12.Berina
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Berina Hair Color adalah pewarna rambut dengan warna mencolok dan pilihan yang pelbagai.
Ia tidak hanya memberikan hasil tahan lama tetapi juga menyediakan nutrisi tambahan untuk rambut.
Sesuai untuk mereka yang ingin tampil berani dan kreatif dalam penampilan rambut.
Kesimpulan
Pewarna rambut memberikan pelbagai keistimewaan, termasuk kemampuan untuk mengubah penampilan, menyembunyikan rambut putih dan memberikan kebebasan kreatif dengan pilihan warna yang beraneka.
Ada juga pewarna rambut yang direka khas untuk hasil tahan lamadan juga yang memberikan perubahan warna sementara.
Beberapa produk turut menawarkan formula merawat untuk menjaga kesihatan rambut.
Namun, jangan lupa untuk mengikuti petunjuk penggunaan dan merawat rambut dengan baik selepas pewarnaan.
Semoga dengan senarai pewarna rambut terbaik yang telah kami sediakan di atas dapat membantu anda membuat pilihan terbaik!