16 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering 2024 [Terbaik!]

pencuci muka untuk kulit kering
0Shares

Pencuci muka untuk kulit kering dan sensitif yang wajib anda tahu!

Kulit muka anda kering? Anda perlukan pencuci muka untuk kulit kering?

Mungkin senarai kami boleh membantu anda!

Kulit anda kering?

Jika anda mempunyai kulit yang kering, penggunaan produk pencuci muka yang mengandungi bahan pelembap pastinya mampu membantu anda.

Kulit yang kering membuatkan anda kelihatan lebih tua dari usia jika anda tidak menjaganya dengan baik.

Oleh itu, pemilihan pencuci muka yang betul dan sesuai untuk kulit yang kering dan sensitif sangat penting untuk mendapatkan kesan terbaik.

Pilihan pencuci muka yang lembut, sederhana  dan menghidratkan adalah yang terbaik!

Tips memilih pencuci muka untuk kulit kering

  • Pilih formula dengan mencari bahan penghidratan yang sama seperti yang anda dapati dalam pelembap seperti gliserin, asid hyaluronik, minyak botani dan butters.
  • Pastikan ia bebas sulfat, salicylic acid, glycolic acid dan bahan pewangi yang terlalu kuat.
  • Periksa label kotak pembungkusan dan cari kata kunci seperti pelembab, kelembapan, penghidratan, melembutkan serta formula yang disesuaikan untuk jenis kulit kering.
  • Cari formulasi krim / losyen yang mempunyai air sebagai ramuan utama.
  • Kulit wajah yang kering sangat memerlukan pelembap kerana pembersih sahaja tidak mencukupi.

Lihat pilihan moisturizer di sini.

Inilah senarai pencuci muka untuk kulit kering terbaik di Malaysia!

1.Neutrogena Ultra Gentle Hydrating Cleanser

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Pencuci muka terbaik dari Neutrogena ini khas untuk kulit kering dan sensitif.

Ia membersihkan secara berkesan, menghilangkan minyak, kotoran dan solekan yang berlebihan menjadikan kulit anda terasa bersih dan dilembapkan setiap hari.

Bebas daripada sabun dan tidak mempunyai parabens dan pewarna tambahan.

Ia dirumuskan secara unik dengan bahan-bahan yang minima dan sangat lembut.

Sesuai digunakan  untuk keadaan kulit yang paling sensitif termasuk ekzema dan rosacea.

2.Cerave Hydrating Cleanser

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Tara Rao, M.D., of Schweiger Kumpulan dermatologi di New York menyarankan pencuci muka ini untuk anda yang mempunyai kulit wajah kering dan sensitif.

Gabungan tiga bahan utama ceramides untuk kuasa penghidratan termasuk asid hyaluronik untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Ia mampu menghilangkan kotoran dan minyak pada kulit muka hanya dengan sekali penggunaan.

3.First Aid Beauty Face Cleanser

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Pencuci muka oleh First Aid Beauty direka untuk jenis kulit sensitif.

Ia membersihkan kulit anda dari ketidaksempurnaan dan kekotoran.

Formula pH seimbang menggabungkan pelbagai antioksidan hebat seperti gliserin, aloe vera, akar likoris dan ekstrak teh putih meninggalkan kulit anda kelihatan lebih sihat dan muda.

4.La Roche Posay Toleriane

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Produk pencuci muka dari La Roy Posay untuk kulit kering biasa ini mampu menghilangkan minyak dan kesan solekan pada muka.

Formula krim lembut ini membantu mengembalikan keselesaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit semulajadi menjadikan kulit berasa selesa dan terhidrat.

5.Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Cetaphil Gentle Cleanser menggunakan formula yang ringan dan tidak merengsakan malah melegakan kulit.

Formulanya cukup lembut untuk kulit lembut bayi dan direka khas untuk semua jenis kulit.

Ia adalah cara yang mudah namun sangat berkesan untuk menjaga kulit anda.

6.Fresh Soy Face Cleanser

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan pencuci muka berasaskan soya?

Cubalah Fresh Soy Face Cleanser ini.

Ia adalah pembersih gel ekstra lembut yang serta merta membersihkan solekan dengan sempurna tanpa menghilangkan kelembapan kulit.

Formula khasnya berfungsi untuk menenangkan dan melembutkan kulit untuk kulit yang sihat dan bersinar.

7.Nacific Fresh Herb

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Formula pencuci muka berbuih ini diperbuat daripada minyak ekstrak semula jadi dan anda boleh merasakan haruman yang lembut.

Diperkaya dengan air bunga calendula dan propolis akan melembapkan kulit anda dan menjadikan kulit anda terasa bersih dan segar.

Ringan dan melembapkan. Sesuai digunakan pada waktu pagi dan petang.

8.Vanicream Gentle Facial Cleanser

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Jika anda mempunyai kulit kering dan sensitif? Pembersih Muka Vanicream pastinya sesuai untuk anda.

Formulanya sangat lembut untuk melindungi kulit yang kering dan sensitif.

Ia merupakan kegemaran di kalangan pelanggan dengan kulit yang sensitif kerana ia tidak merengsakan dan mengeringkan kulit muka.

Cubalah sekarang!

9.Simple Kind to Skin

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Produk Simple Kind to Skin adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit yang popular.

Ia menggunakan air yang disuling secara tiga peringkat.

Rumusan ini juga mengandungi chamomile yang menenangkan kulit serta vitamin B5 dan E untuk melindungi kulit dari radikal bebas.

Tidak mengandungi parabens, sulfat dan wangian sintetik.

10.Elta MD Foaming Facial Cleanser

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Elta MD menggunakan formula yang seimbang dengan pH kulit muka untuk mengelakkan kulit daripada kering.

Ia mengandungi bromelain dan asid amino dari epal yang membersihkan minyak yang berlebihan, kesan solekan dan kotoran di muka.

Ia cukup lembut dan sesuai untuk digunakan apda waktu pagi dan malam.

11.Himalaya Moisturizing Aloe Vera Face Wash

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Rangkaian produk Himalaya adalah selamat dan berkesan yang menggunakan herba khusus terpilih untuk membantu menjaga kulit anda agar kelihatan sentiasa segar dan sihat.

Dirumus khas untuk kulit kering normal, pencuci muka ini bebas sabun dan lembut yang berkesan untuk menghilangkan kotoran pada muka.

Fungsi ektrak timun untuk menyejukkan dan melegakan manakala ekstrak aloe vera untuk menghidrat dan menyuburkan menjadikan kulit anda lembut secara semulajadi.

12. Aiken Hydra Plus

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Bagi anda yang selalu berada di dalam bilik atau kawasan yang bersuhu sejuk, produk ini pastinya sesuai untuk anda.

Ciri – ciri utama:

  • Membersih secara mendalam tanpa mengeringkan kulit
  • Terbukti secara saintifik dapat menghapuskan bahan pencemar (PM2.5)
  • Mengekalkan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit
  • Bebas sabun
  • Lembut pada kulit dengan Amino Acid Cleansing Actives

13.Aveeno Calm + Restore

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Formula pembersih berasaskan non-gmo oat ini menghilangkan 99% kekotoran kulit seperti penuaan, minyak dan kesan solekan.

Ia juga membantu memelihara kelembapan semulajadi kulit anda supaya anda berasa lebih terhidrat setiap kali selepas mencuci muka.

Sangat sesuai untuk kegunaan seharian.

14.Sebamed

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Dirumus khas untuk kulit biasa dan kering.

Agak popular di Shopee, Malaysia.

Bebas daripada alkali dan sabun yang mungkin menyebabkan radang pada kulit wajah.

Telah diuji secara klinikal dan dermatologi!

15.Curel

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Merupakan pencuci muka yang berkualiti dan dipercayai dari Jepun.

Dirumus khas untuk kulit kering dan sensitif.

Mungkin sesuai untuk anda?

16.Bioshield

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Bioshield Sensitive Gentle Skin Cleanser mempunyai gabungan bahan aktif pembersih ringan yang unik.

Ia mempunyai pH seimbang yang sesuai untuk kulit kering dan sensitif.

Tidak mengandungi wangian, paraben atau lanolin.

0Shares

27 thoughts on “16 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering 2024 [Terbaik!]”

  1. Kalau kulit saya kering and sensitif product mana saya perlu pakai ? And moiturizer yang jenis macam mana saya perlu buat untuk kulit saya nih

    1. Hai Izarinaa. Saya cadangkan agar anda gunakan produk seperti Ceptahil, Cerave ataupun produk yang sememangnya khas untuk kulit kering dan sensitif. Moisturizer juga boleh gunakan produk Ceptahil. Ini adalah sekadar cadangan sahaja ya. Anda boleh berjumpa dengan pakar kulit jika anda mengalami masalah kulit yang serius. Semoga membantu!

  2. Hii, kulit saya kering dan berjerawat 🙁 kalau guna nutox renewing treatment- milk cleansing ok tak untuk berjerawat? Thank you in advance!

    1. Hi izz. Saya tak syorkan anda gunakan produk tersebut kerana ianya mengandungi bahan malassezia feeding yang menyokong jangkitan jerawat. Jika anda gunakan sebarang pencuci muka pastikan guna toner / lotion juga ya.

    1. Hai Syasya. Keadaan kulit yang kering menunjukkan kulit mengalami kehilangan lembapan. Ia biasanya disebabkan oleh faktor cuaca, suhu ataupun pengambilan makanan yang kurang serat. Pastikan anda meminum air kosong yang mencukupi setiap hari (8 gelas sehari), gunakan pencuci muka dan pelembap muka yang sesuai untuk kulit normal – kulit kering.

  3. Hii..
    Saya remaja 15 tahun dan berkulit kering.
    Apakah pencuci muka yang sesuai untuk muka saya dan mudah didapati di kedai-kedai?

    1. Hi Jayqueline. Anda boleh dapatkan pencuci muka yang sesuai untuk kulit kering di farmasi atau Watson dan Guardian. Pastikan ianya selamat untuk digunakan dan tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya untuk kulit. Anda boleh mencuba produk lembut seperti Cetaphil dan Simple.

    1. Hi Adi. Keadaan muka yang kering dan gatal menunjukkan kulit yang kehilangan lembapan semulajadi kulit. Apa yang boleh saya cadangkan, anda boleh gunakan pencuci muka yang lembut seperti Cetaphil, Simple dan Aveeno. Produk ini tidak mengandungi bahan alkohol dan bersifat non-comedogenic. Amalkan memakai pelembap muka selepas mencuci muka ya. Minumlah air yang cukup setiap hari. Semoga membantu!

  4. Hai.. saya berumur 21 tahun and saya ada masalah kulit muka kering dan berjerawat. And ade parut jerawat juga.. ape yang patut saya pakai ye? Tapi kadang kala kulit muka saya berminyak pada kawasan tertentu tp jarang sangat la..

    1. Hi Icha. Apa yang boleh saya cadangkan adalah produk seperti Sebamed dan Farmskin yang sesuai untuk kulit kering. Gunakan toner dan moisturizer selepas mencuci muka. Amalkan scrub muka 2x seminggu untuk menanggalkan sel sel kulit mati. Dan, minum air putih yang cukup ya. Jika keadaan kulit anda tidak menampakkan sebarang perubahan, sila berjumpa dengan pakar kulit yang bertauliah. Semoga membantu!

  5. Hai… Saya berumur 17 thn.. Muka saya jenis yg kering dan kasar seperti ada jerawat pasir di sekitar pipi saya.. Kulit saya juga sedikit berminyak di bahagian hidung. Pencuci mana yang sesuai dengan saya??

  6. Hai, saya tak sure saya kulit jenis apa, tapi sy selalu rse tegang di pipi dan kulit sy berjerawat. Adakah ini maksudnya kulit sy kering? Apakah produk yg sesuai utk saya?

    1. Hai Aida. Antara ciri ciri kulit yang kering adalah pori-pori kecil, kulit terlihat kusam dan kasar, terdapat tompokan merah dan ada garisan halus pada kulit. Ada kemungkinan kulit anda jenis kering. Pilih produk yang mengandungi bahan kelembapan yang tinggi dan krim yang sesuai seperti Simple, Sebamed atau Himalaya. Namun, untuk kepastian anda boleh berjumpa dengan pakar kulit yang bertauliah.

  7. Hai..saya berumur 16 tahun…muka saya jenis kering …saya menggunakan produk Aiken hydraplus….adakah elok?ataupun ada cadangan lain

    1. Hai Nur Aina. Kandungan utama Aiken HydraPlus adalah hyaluronic acid, niacinamide dan hydration ingredient lain. Bahan – bahan ini sememangnya berfungsi untuk menambah dan mengunci kelembapan pada kulit. Jika anda tidak merasakan sebarang perubahan yang teruk, ia adalah elok untuk anda.

  8. Hai,saya umur 15,kulit saya jenis dry… saya dah cuba pakai produk simple baru lagi..tapi tak sampai beberapa minggu kulit saya jadi kering dan pedih bahagian area mulut dan hidung..boleh suggestkan tak produk drugstore yang sesuai dengan skin saya

    1. Hai Dania. Kalau boleh, awak berhenti dulu pakai apa apa produk skincare. Rehatkan muka dalam masa 4-5 hari. Cuci muka dengan air sahaja ya. Selepas itu, awak boleh mulakan balik skincare asas seperti cleanser, toner dan moisturizer. Produk seperti Cetaphil, Himalaya dan Sebamed juga sebenarnya sangat bagus untuk kulit kering. Namun, jika keadaan kulit awak semakin teruk..cepat cepat berjumpa dengan pakar kulit yang bertauliah. Semoga membantu ya.

  9. Pingback: 13 Pencuci Muka Khas Untuk Kulit Kombinasi 2021 - Sricantik

  10. Hi, saya berumur 15 tahun, kulit saya kulit kering, adakah neutrogena hydrating cleanser dan pelembab safi balqis gel sesuai utk saya? Atau ade cadangan lain, cleanser yg tak lebih RM40 ke atas,

    1. Hi Izz. Memandangkan umur anda yang masih muda, saya cadangkan agar anda gunakan cleanser dan moisturizer yang mengandungi bahan bahan yang lembut dan tidak mengandungi bahan bahan kimia berbahaya seperti Cetaphil dan Neutrogena. Jika kulit anda mengalami rasa tegang, pedih dan gatal – gatal selepas menggunakan sebarang jenis produk, hentikan pemakaian produk tersebut. Semoga membantu ya!

  11. Kulit saya kering, and dh lama tak pakai pelembab, bila saya pakai pelembab mesti pedih, adakah ini normal? Saya pakai pelembab safi balqis gel sebelum ni, okey je, tapi bila Lama tak pakai jadi pedih

    1. Hai Izza. Kulit yang kering memerlukan pelembap untuk memelihara kelembapannya sepanjang hari. Ada banyak punca sebenarnya kenapa kulit terasa pedih selepas memakai sebarang produk skincare. Ia boleh disebabkan oleh kandungan bahan aktif seperti yang banyak, mengandungi irritating ingredients seperti alcohol dan pewangi, kandungan bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda ataupun masalah skin barrier. To conclude, it’s not normal kalau kulit rasa panas atau pedih bila pakai skincare. Check balik ingredients dia and stop dulu buat sementara waktu.

      Semoga membantu ya!

  12. Hi, saya berumur 26 tahun. Kulit saya kering dan dehydrated. bila tekan boleh nampak garis garis halus terutama di bahagian dahi. saya pernah pakai hada labo dan simple. Ia buat kulit saya tambah tegang dan kering. boleh suggest kan produk apa yang sesuai dengan skin saya?

    1. Hi Ain. Anda boleh cuba produk lembut seperti Cetaphil Cleanser dan Moisturizer. Kulit yang kering akan bertambah teruk jika badan kita kekurangan cecair. Oleh itu, pastikan juga anda minum air putih sekurang kurangnya 2L setiap hari. Semoga membantu ya!

Leave a Reply