10 Pemutih Gigi Terbaik Dan Berkesan Di Malaysia 2024

0Shares

Pilihan pemutih gigi terbaik yang boleh anda gunakan dan lakukan sendiri di rumah!

Senyuman yang manis pasti bertambah serinya dengan gigi putih berkilau.

Ironinya, mempunyai gigi putih cerah boleh membuat anda kelihatan lebih muda lima tahun!

Seiring berjalannya waktu, gigi yang kelihatan putih pada awalnya pasti akan berubah warna disebabkan oleh kesan pengambilan rokok dan minuman seperti kopi atau teh dan juga makanan seperti kari dan sebagainya.

Tidak hairanlah mengapa kebanyakan wanita mahupun lelaki berusaha untuk memutihkan gigi dengan pelbagai cara termasuklah berjumpa dengan pakar gigi bertauliah untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada mereka.

Dan, semestinya cara ini  agak mahal kerana biasanya kepekatan bahan peluntur aktif yang lebih tinggi digunakan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Namun, jangan risau.

Kini, terdapat beberapa pilihan yang boleh anda dapatkan dengan bajet yang mampu milik!

Proses Pemutihan Gigi

Whitening teeth didefinisikan sebagai proses yang akan menjadikan gigi kelihatan lebih putih.

Terdapat dua cara yang biasa dilakukan: proses pemutihan bleaching dan non-bleaching.

Proses bleaching bermaksud produk yang digunakan mengandungi bahan pemutih seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide.

Produk ini menghilangkan kesan luaran dan dalaman gigi yang boleh gigi menjadi lebih putih daripada warna semula jadi.

Manakala, proses non-bleaching bertindak memutihkan gigi dengan menanggalkan noda pada luaran gigi tanpa peluntur.

Cara Putihkan Gigi Anda Di Rumah

Terdapat empat pilihan utama yang boleh kita lakukan sendiri di rumah iaitu:

1. Ubat gigi pemutih

Whitening toothpaste tidak mengandungi peluntur seperti produk pemutihan profesional.

Ia biasanya mengandungi bahan penggilap atau bahan kimia tambahan  seperti silika terhidrat yang dapat membantu menghilangkan noda permukaan tambahan.

Kebanyakan ubat gigi pemutih seperti ini mengikis noda gigi secara mekanikal dan bersifat luaran sahaja.

Cari ubat gigi dengan kandungan hidrogen peroksida yang tinggi jika anda mahukan hasil yang ketara.

Anda boleh melihat kesan yang dapat dilihat selepas 5 atau lebih hari dengan penggunaan 2 kali sehari.

2. Jalur pemutih gigi

Kit ini mengandungi jalur plastik, dulang atau acuan yang digunakan untuk menerapkan bahan pemutih hidrogen peroksida terus ke gigi.

Setiap sesi memerlukan masa 30 minit hingga dua jam (bergantung pada arahan pada label produk), sehingga hasilnya dapat dilihat dalam satu hari.

Untuk hasil terbaik, gunakan secara konsisten selama 2 hingga 3 minggu.

Sekiranya anda ingin mendapatkan hasil yang cepat, ini adalah salah satu pemutihan gigi  yang paling berkesan kerana bahan aktifnya dibiarkan pada gigi untuk jangka masa yang lama.

Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kegatalan pada gigi dan gusi.

Kebanyakan jalur pemutih gigi dianggap selamat kerana tahap kandungan peroksida rendah.

Namun, berhati-hati untuk tidak memilih jalur pemutih gigi yang mengandungi klorin dioksida kerana boleh merosakkan enamel gigi.

3. Peranti cahaya pemutih

Bahan pemutihan akan disapukan terus pada gigi.

Kemudian lampu LED biru dipegang di atasnya untuk meningkatkan penembusan dan mempercepat hasil pemutihan.

Seperti jalur pemutihan gigi, alat ini sangat berkesan kerana masa bahan aktif bersentuhan dengan gigi anda cukup lama.

4. Pen atau gel pemutih

Rumusan ini mengandungi bahan aktif pencerah gigi hidrogen peroksida dalam bentuk pen atau gel yang disapukan pada gigi.

Sesetengah produk boleh ditinggalkan pada gigi atau dibiarkan semalaman, sementara ada juga produk yang perlu dibilas.

Oleh kerana bahan-bahannya boleh dicairkan atau dibasuh, maka hasil pemutihan umumnya lebih sederhana.

Tips Memilih Pemutih Gigi

  • Cara Penggunaan

Konsistensi adalah kata kunci utama.

Jadi pastikan produk yang anda beli adalah produk yang akan anda gunakan.

Kenalpasti bagaimana ia berfungsi, berapa lama ia perlu dipakai dan seberapa sering anda perlu menggunakannya sebelum meneruskan pembelian.

  • Harga

Bukan rahsia lagi bahawa rawatan sendiri di rumah tidak akan pernah memberikan hasil yang sama dengan rawatan profesional.

Oleh itu, pemilihan harga sangat penting.

Kit rawatan yang terlalu tinggi namun hasil tidak seperti yang diingini akan membuat anda kecewa.

  • Potensi Alergen Atau Iritasi

Terdapat produk pemutihan gigi di rumah yang mengandungi bahan yang keras atau berpotensi merengsakan terutamanya jika ia bersentuhan dengan kulit anda.

Sebaiknya ajukan sebarang pertanyaan atau persoalan terlebih dahulu dengan doktor gigi atau pakar kesihatan berdekatan anda.

Senarai Pemutih Gigi Terbaik Dan Berkesan Di Malaysia

Berikut merupakan senarai whitening teeth yang telah kami kumpulkan berdasarkan jenis jenis pemutih, harga yang berpatutan dan keberkesanannya.

Jom semak senarainya di bawah!

1.Colgate Advanced White

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara pilihan produk pemutih gigi terbaik yang mesra bajet dan berkesan untuk memutihkan dan melindungi kesihatan keseluruhan gigi anda!

Colgate Advanced White dengan kristal pembersihan mikro telah terbukti secara klinikal untuk menanggalkan kotoran ekstrinsik dan memutihkan gigi dengan berkesan.

Dengan penggunaan kerap, ubat gigi ini juga akan membantu untuk menghilangkan plak dan mencegah gigi berlubang.

2.Colgate Optic White

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan gigi putih seawal 1 minggu?

Cubalah Colage Optic White ini yang berupaya memutihkan gigi selepas penggunaan selama seminggu!

Antara produk yang mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan para pengguna di Malaysia!

Produk ini mengandungi agen pemutihan untuk menanggalkan kotoran esktrinsik dan menggilap permukaan gigi dengan selamat.

Walaubagaimanapun, kesannya mungkin berbeza mengikut individu.

3.Crest 3D White

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Cerahkan senyuman anda dengan ubat pemutih gigi Crest 3D White ini!

Formula teknologi ubat gigi pemutihan dengan 3x kekuatan lebih pantas dan efektif.

Pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai gigi dan gusi yang sensitif.

4.Crest 3d Whitestrips

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Menampilkan Advance Seal Technology, Whitestrip anti-slip ini membolehkan anda bercakap, minum air dan menjalankan aktiviti seharian anda semasa proses pemutihan gigi.

Hanya perlu lekapkan strips di bahagian atas dan bawah gigi dan biarkan selama 30 minit, sekali sehari untuk senyuman yang lebih menyerlah.

Terbukti dapat menghilangkan kesan kuning pada sehingga 95% hanya dalam 3 hari!

Selamat dan mudah digunakan.

Tidak sesuai untuk gigi dan gusi yang sensitif.

5.Oral B 3D White

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Oral-B 3D White Luxe Advance Seal Whitestrip dengan teknologi anti-slip, menghilangkan kuning gigi dalam 2 minggu sehingga 12 bulan!

Produk ini menggunakan bahan pemutih yang selamat untuk enamel, sama seperti yang digunakan oleh doktor gigi.

Kesan yang ketara boleh dilihat seawal 1 minggu dengan penggunaan yang konsisten.

Tidak sesuai untuk gigi dan gusi yang sensitif.

6.White Republic

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Produk pemutih gigi terbaik White Republic ini memutihkan dan mencerahkan gigi dengan selamat menggunakan teknologi lampu LED.

Bahan berkualti tinggi, kit lengkap yang disertakan sekali dengan desensitizing gel.

Sangat mudah digunakan, hanya 16 minit setiap sesi.

7.Dr. White

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara produk memutihkan gigi yang menjadi pilihan ramai pengguna di Malaysia!

Dr White adalah produk pemutihan gigi yang semula jadi dan jika digunakan dengan betul, gigi pasti lebih putih seawal 14 hari!

Hanya gunakan sekali sehari selama 30 minit selama 2 minggu, anda pasti teruja dengan hasilnya.

Tidak sesuai untuk kanak – kanak dan ibu hamil.

Cubalah sekarang!

8.Mexwa

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan gigi yang lebih putih secara semula jadi?

Cubalah Mexwa, Pen Pemutih Gigi yang menggunakan Hydrated Silica untuk menghilangkan kesan kuning pada gigi.

Ia diperkaya dengan ekstrak Strawberry sebagai agen pemutihan gigi semula jadi dan Menthol untuk nafas yang lebih segar!

Lihat hasilnya seawal 7 hari!

Sesuai untuk wanita hamil dan ibu menyusu.

9.Colgate Optic White Whitening Pen

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Jenama Colgate sememangnya antara produk yang inovatif dan berkesan.

Pen gel pemutih gigi ini mencerahkan gigi semasa anda tidur dengan formula pemutihan cepat kering yang mengandungi 3% hidrogen peroksida.

Serum unik ini direka untuk kekal di gigi semalaman dan mudah disapu pada waktu pagi sebelum anda memulakan hari anda.

Ia dipercayai mampu menghilangkan kesan kuning pada gigi hanya dalam 1 minggu!

Jangan ketinggalan untuk dapatkannya sekarang!

10.AuraGlow

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

AuraGlow Teeth Whitening Pen berukuran poket ini mengandungi 32% karbamida peroksida yang memutihkan gigi dengan berkesan tanpa menyebabkan kerengsaan pada gigi.

Setiap pen mengandungi gel pemutih yang mencukupi untuk sekurang kurangnya 15 kali penggunaan.

Pen ini adalah antara yang terbaik dan paling hampir dengan rawatan profesional untuk gigi anda!

Kesimpulan

Menggunakan pemutih gigi memberikan kelebihan seperti menghilangkan noda dan warna pada gigi akibat minuman dan makanan tertentu.

Selain itu, pemutih gigi meningkatkan kecerahan gigi, meningkatkan keyakinan diri dan memberikan senyuman yang lebih menarik.

Walaubagaimanapun, penggunaan perlu berhati-hati dan mengikuti arahan untuk mengelakkan masalah kesihatan gigi.

Sebaiknya, dapatkan nasihat pakar pergigian sebelum menggunakan pemutih gigi.

Semoga hasil perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang mencari cara atau jalan penyelesaian untuk memutihkan gigi.

Jika anda ada sebarang cadangan atau pendapat mengenai artikel ini, sila kongsikannya di ruangan komen di bawah!

0Shares

Leave a Reply