13 Minyak Wangi Khas Untuk Perempuan Terbaik 2024

0Shares

Minyak wangi khas untuk perempuan terbaik dan popular di kalangan pengguna di Malaysia 2024!

Minyak wangi atau perfume antara ‘item’ wajib yang harus ada kerana ia bukan sahaja dapat membantu anda melawan bau badan tetapi juga meningkatkan semangat anda!

Namun adakah anda tahu minyak wangi juga mempunyai beberapa faedah lain?

Ia dapat membantu anda mengatasi tekanan dan menyembuhkan insomnia juga!

Apa Itu Minyak Wangi?

Minyak wangi adalah campuran ekstrak aroma kompleks dari sumber semula jadi (minyak pati).

Ia juga boleh dihasilkan daripada bahan mentah sintetik yang diadun dengan pelarut dan fiksatif untuk menghasilkan aroma cairan yang menyenangkan.

Produk akhir daripada campuran ini dikenali dengan banyak istilah seperti Parfum, Eau Parfum, Perfume, Eau de Toilette dan Eau de Cologne.

Kategori Minyak Wangi

Anda pasti tertanya- tanya perbezaan di antara Parfum, Eau Parfum, Eau de Toilette dan Eau de Cologne, bukan?

Nama yang berbeza digunakan untuk menggambarkan kepekatan minyak wangi tulen dalam wangian.

Semakin tinggi kepekatan minyak wangi asli maka semakin kuat kekuatan wangiannya.

Kekuatan wangian biasanya akan menentukan berapa lama penggunaan wangian pada kulit anda dan berapa banyak aroma yang akan dihasilkan.

Kepekatan minyak asli tertinggi terdapat pada Parfum.

Kemudian ialah Eau de Parfum (Perfume).

Diikuti oleh Eau de Toilette dan akhirnya Eau de Cologne.

1. Parfum

Mengandungi kepekatan 15 – 40% minyak asli.

Dan secara semula jadi, semakin tinggi kepekatannya, semakin lama aroma akan bertahan.

Biasanya, wangian parfum akan bertahan sekitar tujuh jam sebelum perlu digunakan semula.

Namun, tindak balas kimia terhadap badan setiap orang adalah berbeza.

Oleh itu, hasilnya pasti tidak sama.

2. Eau de Parfum

Mengandungi kepekatan 10 – 15 % minyak asli.

Kadang-kadang disebut sebagai ‘Perfume’.

Aromanya mampu bertahan sekitar empat atau lima jam sebelum memerlukan penyegaran.

3. Eau de Toilette

Eau de toilettes cenderung mempunyai minyak kurang dari 10% dan mampu bertahan selama tiga jam.

Ini adalah jenis kepekatan wangian yang paling biasa dijual dalam wangian lelaki dan juga digunakan untuk wangian wanita.

4. Eau de Cologne

Mengandungi kepekatan minyak sekitar 5 % dan cenderung lebih murah berbanding jenis wangian yang lain.

Jenis wangian ini hanya akan bertahan sekitar dua jam sebelum perlu digunakan semula.

Tips Memilih Parfum

  • Pilih jenis aroma dengan bijak

Contohnya seperti aroma vanilla yang sesuai digunakan pada cuaca atau suhu yang sejuk dan mampu bertahan lama.

Namun bila digunakan pada cuaca panas dan lembap, aromanya bertukar menjadi seakan menyengat dan membuatkan orang sekitar anda berasa tidak selesa.

  • Berkualiti tinggi dan wangian tahan lama sesuai dengan harganya
  • Mendapat maklumbalas atau respon positif dari kalangan pengguna

Tips tambahan : Minyak wangi mahal tidak semestinya yang terbaik

Senarai Minyak Wangi Khas Untuk Perempuan Terbaik 2024!

Berikut adalah pilihan terbaik yang telah kami kumpulkan untuk memudahkan pencarian anda.

Ingin tahu senarainya? Jom, kita semak bersama – sama!

1.Guerlain

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Mon Guerlain adalah gourmand vanila oriental yang sofiistikated dengan sedikit wangian bunga.

Menggabungkan pati minyak lavender, amber, vanila dan sandalwood yang mempunyai rasa manis yang mempesonakan!

Antara wangian yang sesuai dipakai sepanjang tahun untuk sebarang keadaan.

2.Parfums de Marly Delina

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Wangian bunga dan buah segar yang sangat unik!

Bau gabungan bunga mawar dan litchi yang manis, disatukan dengan rhubarb yang sangat unik yang memberikan sedikit rasa masam.

Ia bersifat tahan lama dan sesuai dipakai bila bila masa.

Sesuai digunakan oleh remaja sehinggalah wanita dewasa.

Semestinya berbaloi!

3.Chanel Coco Mademoiselle

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Inginkan minyak wangi yang sesuai untuk ke pejabat?

Chanel Coco Mademoiselle pastinya adalah pilihan yang terbaik!

Ia adalah wangian profesional yang terbaik untuk wanita pada waktu siang

Bunga putih segar dan berkualiti dan tahan lama untuk kesegaran sepanjang masa!

4.Dolce & Gabbana

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Light Blue Eau de Parfum Intense adalah aroma sitrus, buah epal dan beberapa bunga lembut  yang sangat menyegarkan!

Sangat sesuai untuk cuaca panas dan kegunaan siang hari.

Minyak wangi perempuan yang tahan lama dan sesuai dipakai oleh semua peringkat umur.

5.Lancome

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Buat penggemar buah oren dan floral, minyak wangi ini khas untuk anda!

Haruman yang sangat manis, segar dan menggoda.

“La Vie Est Belle” adalah bahasa Perancis untuk “Life is Beautiful,” dan ini pastinya merupakan minyak wangi yang hebat.

Cubalah sekarang!

6.Yves Saint Laurent 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara minyak wangi paling popular di kalangan wanita!

Eau de Parfum Black Opium adalah gabungan wangian epresso, vanila, bunga oren dan melati yang pastinya meningkatkan mood anda.

Sekiranya anda inginkan wangian yang berbeza daripada yang lain, cubalah ini!

7. Jo Malone

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Peony & Blush Suede oleh Jo Malone adalah wangian floral untuk wanita.

“Baunya manis dan agak vintaj. Ingatkan saya sebuah kedai lilin berbau manis atau berjalan-jalan melalui taman bunga pada sebelah petang” adalah antara respon dari para pengguna.

Nama yang sinonim dengan kemewahan, aromanya yang unik dan luar biasa pastinya memikat hati anda!

8.Christion Dior

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Eau de Toilette Miss Dior ini mempunyai bauan manis dari bunga bungaan segar, luar biasa dan sangat ‘versatile’.

Wangian yang agak seksi namun tidak keterlaluan.

Anda boleh memakainya di mana sahaja, bila-bila masa dan ia juga mempunyai daya tahan lama.

Dapatkannya sekarang!

9.Tiffany & Co.

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Tiffany Intense adalah perfume yang mempunyai DNA wangian yang sangat unik dan sangat menarik!

Ia bermula dengan wangian sitrus ringan kemudian berubah menjadi campuran bunga halus.

Anda pasti suka dengan aroma segar yang mampu menceriakan hari hari anda!

10. Victoria’s Secret

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Jenama minyak wangi Victoria’s Secret sememangnya antara yang menjadi pilihan wanita masa kini!

Bombshell adalah wangian terlaris nombor satu di Victoria’s Secret dan satu-satunya yang mempunyai botol yang secara langsung merujuk kepada beg berjalur merah jambu ikonik.

Wangiannya sangat lembut hasil gabungan aroma buah dan bungaan segar, vanila dan passionfruit.

Sangat elegan!

11. Victor & Rolf

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Wangian Viktor & Rolf yang digemari ramai ini adalah antara yang paling popular!

Berbentuk seperti bom tangan, minyak wangi ini menggabungkan aroma bunga melati, freesia yang super feminin dalam satu semburan.

12.Carolina Herrera

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Bagi wanita yang gemarkan pilihan bekas perfume yang menarik, dapatkan stiletto Carolina Herrera yang anggun untuk ditambahkan ke koleksi anda!

Wangian hebat yang menggabungkan campuran melati, badam, koko dan kopi.

Anda boleh mendapatkannya di pautan berikut:

13.Diptyque Eau Rose

Semak harga dalam pilihan dibawah:

Shopee Malaysia

Lazada Malaysia

Antara parfum klasik terbaik untuk wanita!

Minyak wangi yang menawan dan menggoda ini menggabungkan wangian buah-buahan, aroma ‘spicy and woody’ yang mampu bertahan sepanjang hari.

Harumannya seperti wanita Perancis yang elegant meninggalkan bau mawar yang sejuk di laluannya.

Pasti menarik!

 

Anda mempunyai cadangan minyak wangi untuk perempuan selain dari senarai di atas?

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah!

0Shares

Leave a Reply