Ketahui senarai krim dan losyen tangan terbaik yang sesuai untuk kulit kering!
Mempunyai kulit tangan yang kering adalah perkara biasa.
Ia mungkin tidak berbahaya tetapi ia sangat tidak selesa, bukan?
Biasanya, tangan kering disebabkan oleh keadaan persekitaran.
Cuaca, misalnya, boleh menyebabkan tangan kering.
Pencucian tangan yang kerap, terdedah kepada bahan kimia, dan keadaan perubatan tertentu juga boleh mengeringkan kulit di tangan anda.
Namun, jangan risau.
Penggunaan krim dan losyen tangan yang sesuai sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan masalah kulit tangan yang kering.
Ingin tahu krim dan losyen tangan terbaik untuk kulit kering di Malaysia 2024?
Kami ada senarainya!
1.Eucerin Advanced Repair Hand Creme
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Krim Tangan Advanced Repair dari Eucerin ini memberikan formula yang melembapkan dan memulihkan kulit yang sangat kering, gatal, kasar, dan mengelupas.
Antara losyen tangan terbaik yang mendapat sokongan pengguna kerana teksturnya yang ringan, tidak berlekit dan bebas bau wangi.
Anda dapat menggunakannya berulang kali tanpa meninggalkan kesan bau yang kuat.
2.Aveeno Skin Relief Moisturizing Lotion
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Aveeno Skin Relief Moisturising Lotion diformulasikan dengan ACTIVE NATURAL Triple Oat Complex.
Losyen tangan yang cepat menyerap dan terbukti secara klinikal dapat menenangkan kulit yang gatal, kering dan melembapkan selama 24 jam.
Bebas wangian dan cukup lembut untuk kulit sensitif.
3.CeraVe Therapeutic Hand Cream
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Therapeutic Hand Cream ini diformulasikan dengan tiga ceramida penting (1, 3, 6-II) yang membantu memulihkan dan mengekalkan pelindung semula jadi kulit.
Teksturnya likat tetapi ia cepat menyerap dan sangat ringan.
Kulit anda akan sentiasa terhidrat, tiada lagi pengelupasan malah menjadikan tangan anda lebih halus dan lembut.
4.L’Occitane Shea Butter Dry Skin Hand Cream
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Koleksi Shea Butter L’Occitane bukan hanya sekadar rangkaian penjagaan kulit yang sangat melembapkan dan melindungi kulit anda.
Walaupun losyen tangan ini mungkin sedikit mahal, namun keberkesanannya yang tahan lama memang tidak dapat dinafikan.
Ia sangat mudah disapu pada tangan anda tanpa meninggalkan kesan berminyak.
Anda pasti suka dengan aromanya!
5.Vaseline
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Lembapkan tangan dan kuku anda dengan losyen dari Vaseline ini!
Kandungan utamanya, vaseline jelly untuk melindungi dan menghidrat keadaan kulit kering dan tanda penuaan pada kulit tangan.
Diperkaya dengan keratin untuk menguatkan kutikel kuku agar tidak mudah rapuh.
Anda pasti suka dengan aroma bunga yang menenangkan.
6.The Body Shop Shea Hand Cream
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Pastikan kulit lembut dan licin dengan Krim Tangan Shea yang sangat isimewa ini!.
Diselit dengan haruman kacang shea, formula krim gel yang ringan menyerap dengan cepat ke tangan.
Sesuai untuk penghidratan on-the-go dan bila bila masa sahaja.
• Krim tangan 10ml Travel Size
• Tekstur ringan dan tidak berminyak
• Menjadikan tangan terasa lebih lembut dan licin
Cubalah sekarang!
7.Neutrogena Hand Cream
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Formula losyen tangan dari Neutrogena ini mengandungi 99% gliserin tulen, yang terbukti secara klinikal memberikan pelembapan yang tahan lama dan berupaya menembusi jauh ke lapisan kulit.
Ia membantu menyembuhkan tangan yang kering dan rosak dengan cepat dan melindungi tangan anda menjadikannya lebih lembap dan lembut.
8.Innisfree Green Tea Pure Gel Hand Cream
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kulit anda kering disebabkan penghawa dingin?
Cubalah INNISFREE Green Tea Pure Gel Hand Cream EX ini.
Ia diformulasikan dengan teh hijau yang diekstrak dari pulau ajaib Jeju.
Bahan tumbuhan klasik-klasik ini kaya dengan penghidratan dan faedah antioksidan untuk menjadikan tangan anda berasa lembap dan lembut semasa pemakaian.
9.Rosken Skin Repair Dry Skin Cream
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Dirumus khas untuk digunakan pada kulit kering dan rosak bagi meningkatkan tahap kelembapan memberikan kelegaan segera dari gejala kulit kering.
Ia juga membentuk penghalang pelindung untuk mencegah kehilangan kelembapan.
Diperkaya dengan Ekstrak Minyak Zaitun dan Dimethicone.
10.Dermal Therapy Hand Balm
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Dermal Therapy ™ Hand Balm yanf diperkaya dengan Vitamin E dirumus khas untuk kulit yang sangat kering.
Ia juga mengandungi 10 peratus urea dalam asas pelembap yang kaya untuk merawat tangan yang sangat kering.
Terbukti secara klinikal memberikan hasil yang dapat dilihat hanya dalam satu hari.
11.Vaseline
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Vaseline Expert Care adalah formula pelembap yang menggabungkan kekuatan gliserin, pro-lips dan Vaseline Jelly untuk memberikan kelembapan segera dan pelembapan tahan lama.
Losyen tangan ini memberikan kuasa penghidratan dan memperbaiki kulit yang sangat kering dalam tempoh 2 jam.
Dapatkannya sekarang!
12.Burt’s Bee
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Gabungan bahan botani seperti minyak badam manis dan aloe, krim tangan terbaik daripada Burt’s Bees ini secara intensif melembutkan kulit yang kering.
Formulanya sangat istimewa, rasa mewah dan berkhasiat.
Bau almond berkrim yang mampu membangkitkan mood ceria sepanjang hari!.
Semoga artikel yang dikongsi ini dapat membantu mengatasi masalah kulit kering anda!