Ingin tahu senarai 13 produk hair mask terbaik di Malaysia 2024?
Hair mask merupakan produk rawatan pelembap rambut yang berfungsi merawat kerosakan rambut dari akar dan lapisan bawah kulit kepala.
Kebaikan Hair Mask
Fungsi hair mask hampir sama dengan pelembap atau conditioner. Tetapi ia jauh lebih kaya dengan kandungan nutrien yang diperlukan oleh rambut seperti minyak semulajadi dari sumber tumbuhan dan lain-lain.
Ia mampu menyerap lebih jauh ke dalam lapisan kulit, struktur dan akar rambut yang lebih berkuasa berbanding conditioner dan membantu anda mengatasi beberapa masalah rambut secara lebih cepat dan berkesan.
Hair mask dicipta sesuai untuk semua jenis rambut untuk mengembalikan semula kerosakan pada rambut yang disebabkan beberapa faktor seperti :
- Hair styling (backcombing, colouring, perming etc)
- Pendedahan rambut terhadap cahaya UV dari pancaran matahari
- Memakai tudung atau mengikat rambut semasa dalam keadaan basah
- Rambut kering dan bercabang
- Rambut berminyak
- Keguguran rambut
Jenis- Jenis Hair Mask
Setiap jenis hair mask berfungsi untuk jenis rambut dan keperluannya yang berbeza.
Contohnya: rambut gelap yang telah melalui proses colouring memerlukan mask yang berbeza daripada warna berambut perang.
Keriting, halus, tebal, berminyak atau kusam – setiap jenis memerlukan hair mask berbeza yang bertujuan memenuhi keperluannya.
Hair mask terbahagi kepada beberapa jenis mengikut keadaan rambut:
- rambut yang diwarnakan
- rambut gelap, merah dan perang
- rambut rosak
- rambut kerinting
- rambut nipis dan rapuh
- rambut kusam dan tidak bermaya
- rambut berminyak
3 Tips memilih hair mask
1. Pertimbangkan Jenis Hair Mask ( Air atau Minyak)
Oleh kerana minyak tidak boleh larut air, mask berasaskan minyak akan berfungsi dengan baik ketika digunakan pada rambut kering, agar rambut anda menyerap semua nutrien.
Sebaliknya, mask berasaskan air paling berkesan apabila digunakan pada rambut basah, agar rambut anda dapat menyerap semua bahan mask sepenuhnya
2. Kenalpasti Kandungan Aktif
Kenal pasti kandungan aktif dalam hair mask seperti berikut:
- Mask emolien mempunyai kesan berkhasiat, membantu menjaga kelembapan, menambahkan kilauan dan membiarkan rambut halus seperti sutera dan melindungi dari kehilangan air dan kerosakan. Emolien adalah minyak semulajadi dan berfungsi untuk semua jenis rambut.
- Mask humektan adalah pelembap khas yang berfungsi pada rambut kering dan kusam.
- Mask protein merawat dan membina semula struktur rambut, menambah keratin, menyelamatkan rambut yang rapuh. Namun, gunakannya secara sederhana kerana jika berlebihan boleh menyebabkan rambut menjadi agak kaku.
3. Gabungan Jenis Hair Mask
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, gunakan mask yang menggabungkan ketiga-tiga kumpulan bahan yang mengandungi minyak, bahan pelembap dan perawatan.
Anda juga boleh menggunakan emolien, humektan dan protein secara bergilir, 1-2 kali dalam seminggu.
Cara menggunakan hair mask
- Langkah 1: Syampu rambut anda, kemudian bilas.
- Langkah 2: Sapukan hair mask anda.
- Langkah 3: Tunggu tiga hingga lima minit. (Petua profesional: Gunakan masa tambahan anda untuk mandi untuk mencuci muka, mencukur kaki atau menggunakan scrub badan.)
- Langkah 4: Bilas.
- Langkah 5: Lap rambut dengan tuala dan gayakannya seperti biasa.
Cadangan Hair Mask Terbaik Malaysia 2024
Ingin tahu senarai produk hair mask terbaik di kalangan pengguna di Malaysia?
Jom semak 13 senarai produk yang telah kami sediakan berikut:
1.Gumash Hair Repairing Mask
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Hair repairing mask yang mendapat permintaan yang tinggi sejak mulai diperkenalkan pada pertengahan tahun 2020.
Selain agak popular dengan pengeluar pewarna rambut halal dan telap air, Gumash juga mempunyai produk yang terbukti berkesan dalam memperbaiki rambut rosak.
Diformulasi dengan Minyak Argan yang kaya dengan vitamin E serta mempunyai sifat antioksida yang tinggi.
Memperbaiki, dan memberikan nutrisi kepada rambut dan menjadikan rambut bersinar dan kembali sihat!
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:
- Langkah1: Cuci rambut dengan syampoo
- Langkah 2: Gunakan hair mask Gumash
- Langkah 3: Tunggu 1-2 minit
- Langkah 4: Bilas dengan air
Gunakan 2 hingga 3 kali seminggu sehingga rambut anda kembali sihat dan bersinar!
2.L’Oreal Professionnel Hair Spa
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Rambut anda kering dan sensitif? Cubalah Hair Mask terbaik dari L’Oreal ini.
Ia diperkaya dengan Water Lily untuk menyuburkan akar rambut agar rambut kelihatan lebih sihat dan bersinar.
Ia mampu merawat rambut yang kering dengan menyerap serat dan nutrien serta memberikan kelembapan untuk rambut yang lebih sihat, lembut dan berkilat.
3.Shiseido Fino Premium
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Mengandungi 7 bahan utama kecantikan untuk mengembalikan kelembapan dan kilauan pada rambut yang kering dan rosak.
Ia sangat sesuai untuk rambut yang rosak akibat daripada perubahan cuaca, sinaran UV, penggunaan bahan kimia berlebihan pada rambut.
Ia melembapkan, menguatkan dan memperbaiki kerosakan rambut secara mendalam sambil mencegah keguguran rambut.
4.Shiseido Aqua
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Hair Mask ini menggunakan Aqua Mimic Technology yang menghidrat setiap helaian rambut secara mendalam dan menyeluruh.
Ia melembapkan rambut dan merawat rambut yang kering dan rosak secara insentif.
Diperkaya dengan wangian hijau bunga yang bersih dan segar agar rambut kelihatan lebih lembut, berkilau dan sihat.
5.PURC Magical Treatment
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas lebih kurang 10,000 pengguna, ia terbukti mampu melembutkan rambut sepantas 5 saat!
Ia menggunakan teknologi molekul halus untuk merawat setiap helaian rambut sehingga ke dalam kulit kepala.
Sesuai digunakan untuk rambut yang bermasalah disebabkan persekitaran , diet dan nutrisi yang tidak seimbang .
6.Moist Diane Extra Shine
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Inginkan rambut yang lebih bersinar dan beralun dengan lembut?
Cubalah hair mask terbaik dari Moist Diane Extra Shine ini.
Kesan daripada sinaran UV dan penggunaan alat pengering rambut akan menyebabkan rambut kelihatan kering dan rapuh.
Kandungan minyak organik dan keratin platinum dalam hair mask ini mampu meningkatkan kelembapan dan keserian pada setiap helaian rambut.
7.L’oreal Elseve Total Repair
Semak harga dalam pilihan dibawah:
5 masalah dalam 1 penyelesaian mudah!
Rambut yang rosak, kering, bercabang, kusam dan mudah gugur kini tidak lagi dengan L’oreal Elseve Total Repair 5 mask.
Ia diperkaya dengan Micro-Ceramide yang berfungsi untuk menguatkan akar dan setiap helaian rambut agar akar rambut lebih kuat dan lebih sihat.
8.SUNSILK Intensive Treatment Mask
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Hair mask treatment Sunsilk ini memberikan rawatan secara intensif lembut dan halus.
Ia diselitkan dengan campuran unik dari 5 minyak semula jadi yang memberi khasiat pada rambut kering tanpa membuatnya berminyak dan melekit.
Kuasa penembusan sehingga jauh ke dalam akar rambut untuk menggantikan protein yang hilang dan memulihkan rambut yang rosak.
9.Tsubaki Premium Repair Mask
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Inginkan mask yang bertindak dengan pantas tanpa menunggu lama?
Cubalah mask rambut dari Tsubaki ini.
Bahan – bahan utama camela oil, pearl protein, osmotic amino acids, hyaluronic acid dan royal jelly menyerap dengan pantas ke dalam kutikel rambut agar rambut semakin kuat, sihat dan berkilau sepanjang hari.
Aromanya yang lembut pasti menceriakan sepanjang hari anda.
10.Gold Nine
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Gold Nine Cool Spa Treatment Hair Mask ini mampu melicinkan dan mengawal struktur rambut dengan sempurna.
Selain itu, ia juga membantu melancarkan, menenangkan dan mengawal struktur rambut kasar agar rambut kelihatan lebih lembut dan terurus.
Sesuai untuk merawat kulit kepala yang gatal dan rambut bercabang.
11.Dove Intense Repair
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Bertindak 10x lebih berdaya tahan untuk merawat rambut yang rosak dan kusam.
Berasaskan formula Nutri-Keratin Repair Actives ia membekalkan protein jauh ke dalam setiap helaian rambut menjadikan rambut terasa lebih halus, lebih kuat dan sihat dari masa ke masa.
Cubalah sekarang!
12.Select Argan Oil
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Argan Oil Reconstruct Treatment adalah formula hebat dari minyak dan protein Argan terbaik untuk memperkuat dan menyusun semula rambut yang telah rosak oleh bahan kimia atau penggayaan haba.
Sesuai untuk rambut kering, rosak dan tidak teratur.
13.Davines Oi Hair Butter
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Gabungan ramuan rahsia jenama Itali, minyak roucou ini menjadikan hair mask ini berfungsi untuk semua jenis rambut.
Ia membantu melembutkan rambut, tebal dan licin manakala antioksidan melindungi daripada sinaran UV.
Sangat sesuai untuk rambut yang kering dan rosak.
Kesimpulan
Dengan pelbagai pilihan terbaik yang telah diketengahkan, pemilihan hair mask yang tepat akan membantu merawat, menyuburkan dan memulihkan rambut anda.
Mulakan perjalanan penjagaan rambut anda dengan mencuba salah satu daripada hair mask terbaik yang telah kami senaraikan di atas untuk meraih kecantikan rambut yang tampak sihat dan bersinar pada tahun 2024.
Semoga membantu ya!
Pingback: 10 Pewarna Rambut Terbaik Dan Popular Di Malaysia 2021 - Sricantik
Pingback: 8 Tips memanjangkan rambut dengan cepat - motivasinformasi.com