15 Cara Hilangkan Eyebag Yang Pasti Berkesan 2024

0Shares

“Aduh, makin teruk pula eyebag aku ni. Ada tak cara nak hilangkan kesan eyebag ni? ”

Kewujudan ‘eye bag’ ini bukanlah satu masalah yang perlu dibimbangkan, namun secara tidak langsung menyebabkan kecacatan pada penampilan anda.

Sedikit sebanyak keanggunan dan kecantikan anda pasti terjejas!

Malah mungkin akan mengakibatkan anda kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan individu di sekeliling anda.

Oleh kerana itu, terdapat beberapa tips atau cara yang boleh anda lakukan bagi menghilangkan kesan ‘eye bag’ ini.

Mari kita lihat senarai terbaik kami!

1.Uncang Teh

Uncang teh kalau dibuang begitu saja terasa sayang pula kan? Sebenarnya, anda boleh menggunakan uncang teh untuk menghilangkan eyebag. 

Kandungan kafein di dalam teh mengandungi anti oksidan yang tinggi dan boleh meningkatkan perjalanan darah di kulit anda.

Ia juga berpotensi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dan memperlahankan proses penuaan.

Cara-caranya:

  • Rendam dua uncang teh selama 3-5 minit.
  • Kemudian, ambil uncang teh itu dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Selepas itu, perah lebihan air dari uncang teh dan tekapkan uncang pada bahagian mata anda sama ada sebelum atau selepas bangun tidur.
  • Biarkan ia selama 15-30 minit.

2.Teknik Cold Compress

Teknik Cold Compress adalah satu teknik yang sangat mudah dipratikkan untuk menghilangkan kesan eyebag dengan cepat.

Walaupun anda boleh mendapatkan cold-compress yang dijual di kedai, mungkin lebih baik kalau anda mencuba untuk membuatnya sendiri.

Beberapa pilihan DIY yang boleh anda cuba:

  • Sudu besi yang telah disejukkan
  • Hirisan timun yang telah disejukkan
  • Ketulan kiub ais
  • Bungkusan sayuran sejuk beku.

Pastikan anda membalut bahan-bahan tersebut dengan menggunakan kain lembut dan bersih sebelum meletakkannya di kawasan mata untuk mengelakkan kejutan akibat suhu yang sejuk.

Biarkan untuk beberapa minit saja dan lihatlah kesannya!

3.Minum Lebih Banyak Air

Lebih kurang 60% berat badan kita terdiri daripada air.

Kekurangan air dalam badan pastinya akan mempengaruhi kawasan eyebag anda.

Berapa banyak air harus anda minum?

Pakar menyatakan bahawa lelaki memerlukan 13 gelas sehari manakala wanita memerlukan 9 gelas sehari.

Dan ia juga bergantung dengan berat badan dan diet pemakanan anda.

4.Minyak Badam

Salah satu kajian dari Journal of Cosmetic Dermatology telah menunjukkan kesan minyak badam yang boleh menghalang kerosakan pada bentuk kulit akibat terdedah dengan cahaya matahari terlalu lama.

Vitamin E yang ada dalam minyak badam mampu mengurangkan kesan eyebag. 

Caranya ialah sapu di sekeliling mata sebagai pelembap sebelum tidur. Cara ini juga membantu meratakan tona kulit di bawah mata agar kelihatan tidak kusam.

Minyak Badam boleh diperolehi dengan mudah melalui pautan berikut:

Lihat/Beli Minyak Badam Online:

LIHAT DI SHOPEE

5.Minyak Pati (Essential Oil)

JIka anda adalah seorang pengguna minyak pati atau essential oil, anda boleh guna cara ini.

Apa yang anda perlukan:

  • 1 titik minyak lavender
  • 1 titik minyak lemon
  • 1 titik minyak kamomil
  • 1 sudu teh air

Campurkan kesemua minyak pati dan air di dalam sebuah bekas dan adunkan sehingga sebati.

Kemudian, sapu minyak ini di kawasan eyebag anda dan urutnya dengan lembut sebelum tidur. Biarkan semalaman.

6.Produk Hilangkan Eyebag

Kebanyakan krim, gel dan losyen pemutih wajah mengandungi 2% bahan hydroquinone.

Bahan ini mengganggu penghasilan melanin dalam kulit. Secara tidak langsung, ia dapat membantu mengurangkan kesan eyebag di mata anda.

Anda boleh mendapatkan kepekatan yang lebih tinggi dengan prekripsi dari pakar dermatologi anda. Gunakan produk-produk ini untuk mendapatkan hasil yang ketara.

Nota penting: Gunakan produk tersebut di kawasan eyebag pada waktu malam sahaja. Jika anda mengalami sebarang tindak balas alahan pada kulit, hentikan penggunaan produk dengan segera.

Baca juga :

Lihat/Beli Whitening/Eyebag Online:

LIHAT DI SHOPEE

7.Sunblok / Sunscreen

Penggunaan sunblock atau sunscreen setiap hari mampu mengurangkan penuaan pra matang, kanser kulit dan tona kulit tidak sekata.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengurangkan kesan eyebag pada mata anda.

Pihak American Academy of Dermatology mencadangkan bahawa semua orang seharusnya memakai sunblock/ sunscreen kerana perlindungan spektrum luas terhadap sinar UVA dan UVB sangat penting.

Pilihlah sunblock/suncscreen yang mengandungi SPF 30++ atau lebih dan bersifat kalis air.

Untuk kesan yang lebih baik, pilihlah pelembap muka harian yang juga mengandungi SPF 30 atau lebih.

Lihat/Beli Sunblock Online:

LIHAT DI SHOPEE

Atau lihat senarai sunblock di sini:

8.Bersihkan Muka Sebelum Tidur

Pastikan muka anda bersih dari kesan solekan sebelum tidur kerana ia akan memberikan kesan eyebag yang sangat ketara pada keesokan harinya.

Ada beberapa sebab kenapa anda harus menanggalkan dan membersihkan solekan pada wajah terutama maskara pada mata:

  • sangat mengganggu
  • mengalami kesan alahan
  • mengalami jangkitan yang menyebabkan mata kemerahan, bengkak dan simptom-simptom lain
  • boleh menyebabkan kedutan dan kerosakan pada kulit seterusnya menjejaskan kecantikan kulit anda.

Ini terjadi kerana kulit muka terdedah dengan radikal-radikal bebas sekaligus memberikan tekanan oksidatif yang menyebabkan penuaan pada kulit.

Tercari-cari make-up remover yang terbaik? Lihat pilihan di sini:

9.Tinggikan Bantal

Cubalah mengekalkan posisi kepala sedikit tinggi dengan menggunakan bantal tambahan semasa tidur. Mungkin dua atau lebih bantal mengikut keselesaan anda.

Apabila anda mengekalkan posisi kepala sedikit tinggi semasa tidur, ia membantu mengelakkan pengumpulan cecair di kelopak mata anda yang lebih rendah yang menyebabkan bengkak ketika anda tidur.

Tetapi, jika anda tidak selesa dan menyebabkan leher atau kepala anda sakit dan sukar untuk tidur, anda boleh cuba untuk meninggikan beberapa inci keseluruhan bahagian atas katil anda

10.Cukup Tidur

Sebaik-baiknya, cubalah cukupkan masa tidur anda selama 7- 8 jam setiap hari.

Cara tidur dan berapa lama anda tidur juga memainkan peranan yang penting.

Walaupun masa tidur yang kurang tidak menyebabkan kesan eyebag yang ketara, tetapi kurang tidur akan menyebabkan kulit nampak pucat dan kusam.

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur, cubalah praktikkan tips ini:

  • Amalkan masa bangun dan tidur yang sama
  • Elakkan makanan dan minuman yang berkafein selama 6-12 jam sebelum tidur.
  • Elakkan minuman beralkohol sebelum tidur.
  • Habiskan makan 2 jam sebelum tidur.
  • Selesaikan semua latihan berat beberapa jam sebelum tidur
  • Matikan televisyen, telefon bimbit dan peranti elektronik lain sejam sebelum waktu tidur.

11.Ambil Antihistamin

Alahan boleh menyebabkan bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata anda.

Anda juga mungkin mengalami mata berair, kemerahan dan gatal.

Ini disebabkan oleh tindak balas sistem imun anda terhadap sesuatu yang merengsa atau alergen.

Jika anda mengalami kesan-kesan seperti ini, cubalah bertanya dengan doktor anda tentang ubat-ubatan alergi yang diambil secara over-the-counter.

Antaranya seperti:

  • Benadryl
  • Zyrtec
  • Claritin

Terdapat beberapa produk penjagaan diri seperti shampoo, mekap atau pewarna rambut yang mungkin menyebabkan alahan.

Sekiranya anda mengalami masalah mengenal pasti punca tersebut, tulis nota dan simpan diari untuk mengetahui apa bahan atau perkara lain yang menyebabkan reaksi.

Jika ini merupakan masalah kronik, berjumpalah dengan doktor anda mengenai ujian alahan.

12.Gunakan Krim Retinol

Anda boleh menggunakan apa sahaja jenis krim yang bersesuaian dengan kulit anda tetapi pastikan ia mengandungi bahan retinol.

Bahan yang mengandungi retinol merupakan satu cara hilangkan eyebag dengan pantas.

Krim retinol digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit termasuklah:

  • jerawat
  • psoriasis
  • penuaan

Bahan ini mengandungi Vitamin A dalam bentuk krim, gel dan bentuk cecair.

Bagaimana retinol dapat membantu mengurangkan kesan eye bag? Apabila digunakan pada kulit, bahan ini mampu meningkatkan kekurangan kolagen.

Kebanyakan produk-produk di pasaran mengandungi kepekatan retinol yang rendah.

Jika anda memerlukan krim retinol yang lebih pekat, mintalah nasihat dan preskripsi daripada ahli dermatologi yang bertauliah.

Retinol biasanya digunakan di kulit sekali sehari, kira-kira 30 minit selepas mencuci muka anda.

Elakkan penggunaan krim-krim retinol atau pengambilan vitamin A yang berlebihan jika anda sedang hamil.

13.Kurangkan Makanan Masin

Pengambilan garam berlebihan dalam makanan seharian akan menyebabkan kesan eye bag menjadi lebih buruk lagi.

Garam menyumbang kepada pengekalan cecair dalam badan dan menyebabkan tubuh badan anda nampak ‘bengkak’.

Bukan itu sahaja, pengambilan garam yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi, strok dan jantung.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan pengambilan garam dalam sehari seharusnya tidak melebihi 5g = 2000mg sodium = 1 paras sudu teh.

Bacalah kandungan garam di dalam bungkusan makanan anda dengan teliti.

Elakkan mengambil makanan ringan dan berproses.

Gantikan dengan diet berasaskan lebih banyak  buah-buahan segar dan sayur-sayuran di mana anda boleh mengawal kandungan garam.

14.Makanan Tinggi Zat Besi

Kekurangan zat besi dalam darah ataupun anemia adalah keadaan di mana darah kekurangan sel darah merah.

Sel-sel ini bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke dalam tisu-tisu badan.

Kekurangan zat besi menyebabkan lingkaran hitam di kawasan bawah mata, kelihatan pucat dan simptom-simptom lain seperti:

  • keletihan yang melampau
  • tangan dan kaki yang sejuk
  • kuku yang rapuh

Jika anda mengesyaki anda mengalami anemia, adalah disyorkan untuk berjumpa dengan dokotor dan menjalani ujian darah mudah.

Makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi adalah seperti:

  • daging merah ,ayam
  • makanan laut
  • kekacang
  • sayuran berdaun hijau
  • kismis, aprikot dan buah-buahan kering
  • bijirin, roti dan pasta

Atau lebih mudah, anda hanya perlu dapatkan produk vitamin zat besi iaitu B Complex melalui pautan berikut:

15.Makanan Tinggi Kolagen

Dengan peningkatan usia, tisu dan otot yang menyokong kelopak mata akan menjadi lemah.
Ini bermaksud kulit akan mula mengendur termasuk lemak yang ada di sekitar mata.

Seterusnya, eyebag akan tampak semakin ketara!

Pengambilan vitamin c merupakan satu cara menghilangkan eyebag.

Pengambilan Vitamin C yang konsisten membantu badan anda menyerap lebih banyak asid hyaluronic.

Asid penting ini biasanya terkandung di dalam badan secara semuladi tetapi akan berkurang dengan usia.

Makanan yang mengandungi Vitamin C dan asid amino yang tinggi membantu penghasilan kolagen dengan meningkatkan paras asid hyaluronic megnhasilkan kulit yang lebih sihat.

Sumber vitamin C termasuklah:

  • Jambu batu
  • lemon, limau, oren
  • lada merah
  • kale
  • brokoli
  • strawberi

Jalan pintas, anda hanya perlu mendapatkan vitamin C terbaik melalui pautan berikut:

Lihat di sini : Senarai vitamin c terbaik

16.Berhenti merokok

Cara hilangkan eyebag dengan berhenti merokok! Boleh ke?

Tabiat merokok akan menjejaskan kandungan vitamin C dalam badan anda yang berfungsi untuk menghasilkan kolagen untuk kulit anda.

Apabila anda merokok, anda akan berdepan dengan masalah seperti kedutan pada wajah, tona kulit tidak sekata dan kesan eye bag yang sangat ketara.

Antara tip berhenti merokok 12M

Tip Berhenti Merokok 12 M:

  1. Melengah-lengahkan: Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang: Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri: Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri: Mengelak daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  8. Membasuh tangan selalu.
  9. Mandi dengan kerap.
  10. Meregangkan otot.
  11. Meditasi.
  12. Memohon doa.

Kesimpulan

Biasanya, pembengkakan atau perubahan warna di bawah mata adalah tidak serius dan boleh dirawat sendiri di rumah.

Jika anda melihat gejala-gejala ini di bawah satu mata atau jika mereka menjadi lebih buruk dari masa ke masa, adalah lebih baik berjumpa dan meminta nasihat daripada doktor.

Hargailah kecantikan mata anda!

0Shares

2 thoughts on “15 Cara Hilangkan Eyebag Yang Pasti Berkesan 2024”

  1. Pingback: Bunga Cengkih Boleh Atasi Masalah Jerawat Dengan Berkesan! Ini 5 Kebaikan Bunga Cengkih Yang Wajib Anda Tahu! - Hijabista

  2. Pingback: Bunga Cengkih Boleh Atasi Masalah Jerawat Dengan Berkesan! Ini 5 Kebaikan Bunga Cengkih Yang Wajib Anda Tahu! – Malay News- Malaysian newspapers from Kuala Lumpur

Leave a Reply